Part 51

8.6K 227 10
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————





Aku membalik ke kiri ke kanan tubuhku. Rasa memulas di perut dari tadi membuatkan aku tidak senang duduk. Mungkin saja aku sudah mahu melahirkan. Tahu sajalah kandungan aku ni bila-bila masa saja mahu pecah.

Perlahan aku bangun menuju ke bilik Abang Hariz. Tidak aku hirau sudah menganggu pasangan suami isteri tersebut, hanya bilik mereka yang berdekatan dengan bilikku.

Setelah beberapa kali pintu bilik aku ketuk, keluar juga tu Abang Hariz dari biliknya. Wajahnya terpisat-pisat melihatku.

"Abang Riz, sakit perut."

Dengar saja aku cakap macam tu. Tidak cakap banyak terus saja dia ambil wallet dan kunci keretanya dan menggangkatku ke kereta.

Tiba saja di hospital, aku di bawa ke bilik ruang menunggu. Nurse yang check aku tadi kata baru 3cm. Sakit memulas di perutku semakin terasa. Contraction kan ini. Sakit yang terlampau sehingga berpeluh aku rasa. Ahli keluargaku semua menunggu di luar.

Tidak lama selepas itu Abang Riz masuk. Nampak saja wajahnya aku menangis. Aku peluk dia. Rasa sakit yang tidak tertanggung, aku sembamkan wajahku di dadanya.

"Abang, sakittt......

Abang Riz usap belakangku, dia juga mengajarku supaya beristighfar dan lebih tenang.

"Adik abang mesti kuat." Ujarnya.

Akhirnya tepat pukul 5 pagi aku selamat melahirkan anakku.

Muhammad Ammar Hadif. Nama puteraku. Berlinang air mataku saat ini. Gembira akhirnya aku selamat melahirkan setelah mengharungi kesakitan maha hebat. Aku tertidur kepenatan selepas itu.

Sedar saja dari lenaku. Sayup-sayup aku terdengar suara azam. Rupanya dia yang sedang mengazamkan anak kami. Bila dia sampai? Tanpa sedar setitis airmataku mengalir. Namun, cepat-cepat aku mengesat air mataku. Tidak ingin aku terlihat lemah di matanya.

Aku sudah di tempatkan di wad biasa. Sakit-sakit di badan membuatkan pergerakanku terbatas. Rasa ngilu di ari-ari, macam mana mahu bergerak kalau begini teruk sakitnya.

Bunyi suara tangisan bayi kami membuatkan aku menoleh pantas ke arahnya. Dia juga saat ini memalingkan wajahnya melihatku. Suasana jadi kekok. Setelah sekian lama kami tidak bersua, aku tidak tahu macam mana harus bereaksi di hadapannya. Dia juga sepertinya kekok dengan situasi saat ini. Sekali lagi suara tangisan anak kami mematikan tatapan kami berdua. Dia berjalan ke arahku dan meletakkan baby Ammar di pangkuanku. Sekilas senyumannya untukku. Dalam waktu yang sama, aku nampak wajahnya seolah menahan perasaannya saat ini. Lain-lain sudah dia punya muka. Matanya berkaca-kaca. Aku? Aku sedaya upaya cekalkan hatiku saat ini. Bereaksi seperti tiada apa-apa antara kami.

Aku ingin menyusukan baby Ammar, tetapi aku merasa kekok di hadapannya. Berusaha aku menutup apa yang patut di hadapannya. Mungkin juga dia perasan aku seperti tidak selesa. Dia mencium forehead aku dan berlalu keluar.

Selepas itu, masuk lagi parents kami di dalam bilik.

"Terima kasih Hanan, lahirkan cucu untuk mama." Mama peluk aku. Lain-lain sudah gaya mama. Mama sepertinya menahan sebak.

Aduh!

Kenapa semua orang nak sedih ya? Umi pun macam tu juga. Aku sihat anak aku pun baik-baik saja juga kan? Kalau geng ayah-ayah tu lain lah. Dia orang elok saja dok bersembang di sofa tu. Aku faham juga perasaan mama dengan umi tu. Cumanya sekarang ini aku perlu kuat untuk diri aku sendiri, untuk anak aku. Aku tak nak terus hanyut dalam melayan perasaan. Tidak bagus untuk aku. Tambahan pula aku sudah dikira dalam pantang kan? Tak nak lah terlalu berfikir. Nanti emosiku terganggu.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now