Part 8

10.5K 252 6
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Pada malamnya aku hanya duduk di dalam bilik sahaja, tiada mood aku nak keluar. Selepas Abang Akmal keluar dari bilik aku petang tadi, maklong dan paklong berusaha juga tanya aku apa yang terjadi. Iyalah selalukan aku balik dengan Abang Akmal. Mesti dia orang nampak Abang Akmal balik sendiri.

Aku pula berusaha cakap yang kami tiada apa-apa, hanya salah faham sedikit. Tidaklah aku cakap dengan parents nya yang dia marah-marah aku.

Bunyi ketukan dipintu, aku berjalan kearah pintu untuk membukanya. Wajah Abang Akmal terpampang di hadapan pintu bilik. Aku pandangnya tanpa bicara.

"Hanan..jom makan"ajaknya.

"Tak apa lah...abang makan lah Hanan kenyang lagi" aku senyum sekilas padannya.

"Hanan jangan macam ni, mama dan papa tunggu kita dekat bawah tu...abang tahu Hanan masih marahkan abang kan?" Dia berkata perlahan, redup pandangannya.

"Tak ada lah..mana ada Hanan marah.. siapa lah Hanan nak marah-marah kan?" Aku berkata sinis.

Aku tengok dia meraup mukanya berkali-kali. Mungkin dia bersalah, memang macam itulah perangai dia bila dia rasa bersalah. Aku dah hafal peelnya ini.

"Jomlah makan dengan abang ye" dia memujuk.

Dia tarik tanganku turun ke bawah, aku hanya ikut. Iyalah apa pula kata maklong dan paklong nanti. Kalau ikutkan hati aku yang membara ni kan, nak je aku mogok sepanjang tahun dengan dia ni.

Di meja makan, kami hanya berbual kosong...

"Ni Hanan minggu ni kami nak balik kampung umi kamu...kamu ada apa-apa aktiviti ke hujung minggu ni." Paklong bersuara

"Eh Hanan memang nak balik kampung hujung minggu ni...ingat malam ni baru nak book tiket."beritahuku

"Hah elok lah kalau macam tu kita pergi sekali, tak payah book tiket."

"Okey..cun hehe"

"Abang.. nak ikut sekali tak" tanya maklong kepada anak emas nya itu.

"Ohh abang tak pasti lagi mama.. nantilah abang bagitahu balik..kalau kira minggu ni abang perlu outstation di Penang untuk lawat tapak projek." Beritahu Abang Akmal sambil mengunyah bihun.

"Okeylah.. nanti apa-apa bagitahu je kami"

Setelah berhempas pulas bekerja, akhirnya tiba juga waktu untuk balik ke kampung...yeay..rindu masak tempoyak ikan patin umi, keropok lekor masyaallah aummm...nikmatnya. Kami balik hanya bertiga, Abang Akmal outstation katanya. Alhamdulillah syukur dia tak ikut sekali, hahahaha jahat kan

Aku bukan apa, kadang-kadang aku rimas juga dengan dia iyalah suka membuat perasaan aku jadi gundah gulana. Aku tidak tahu apa perasaan aku padanya. Sayang..iya aku sayang dia dari kecik lagi sebab kita orang membesar bersama. Dulu tu sebagai abang, tapi sekarang macam mana pula..? Uhh complicated.

Sampai je di depan pintu rumah aku jerit panggil umi. Marah betul umi bila aku jerit-jerit macam tu. Pantang bagi umi anak dara melaung-melaung. Hahahaha

Aku peluk umi dan abi seeratnya. Huh rindu tau. Maklong dan paklong pun teruja gila bila sampai sini.

"Lamanya tak tengok kau long..kau sihat long"

"Along sihat walafiat Ngah" di laganya pipi mereka berdua. Rindu betul ni. Hehe

Kalau nak tahu, maklong dengan umi ni adik beradik, ada sorang lagi Paksu.. tapi paksu nung jauh di Australia. Selepas tamat belajar di sana, paksu dapat tawaran kerja di sana, sudahnya paksu tinggal di sana..nasib baik kahwin dengan gadis melayu, itu pun baru dua tahun kahwin. Teringat akan maksunya yang sangat cantik, lemah lembut, memang patut paksu berkenan.

Aku Pujaan Abang حيث تعيش القصص. اكتشف الآن