Part 22

9K 208 5
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————


Kami ke Hijraa Clinic, aku hanya menunggu giliran, nasib baik tidak ramai orang, tidaklah lama aku menunggu giliran.

Abang Akmal setia menunggu di sebelahku. Tiada perbualan antara kami, aku tengok Abang Akmal hanya diam dari tadi, mungkin saja dia letih lagi, kan dia baru tiba semalam.

Tapi, badan dia panas tadi!

Aku terus palingkan muka ke arahnya. Matanya kuyu, seperti menahan rasa.

"Abang okey?"

"Okey...

Garau suaranya.

Aku letakkan tanganku di dahinya.

Panas

Sah! Memang dia demam.

"Panas! Abang demam ni." Ujarku.

"Abang okey...

"Check doktor sekali lah abang ya?"

"Tak naklah, sikit saja ni." Tengok suara pun lemah.

"Jangan degil...

Aku terus mengambil walletnya di dalam poket seluar dia, aku keluarkan ic dan terus aku daftar di kaunter.

Tidak lama kemudian, namaku di panggil. Dia ingin mengikutku masuk ke dalam sekali. Tapi aku menegahnya dan menyuruh tunggu di luar saja. Dia pun tak larat.

Aku masuk ke dalam bilik doktor.

Setelah di periksa tanganku. Doktor kata tangan aku jadi bengkak sebab terhentak. Betullah aku terhentak di pintu bas hari tu. Doktor telah menyapu ubat di pergelangan tanganku dan membalutnya dengan bandage yang baru.

Setelah selesai urusanku. Aku menunggu di luar untuk mengambil ubat dan menunggu giliran Abang Akmal pula jumpa doktor.

Aku menemani dia ke bilik doktor. Siap aku suruh doktor tu suntik ubat demam dekat dia. Marah betul dia dekat aku, bila kena suntik.

Selepas siap semua urusan di klinik, kami bergerak untuk pulang.

"Emm abang boleh drive?"

"Of course" Aku tahu dia tak akan benarkan aku drive kalau aku naik kereta dengan dia. Mungkin bimbang keretanya yang mahal tu jadi apa-apa bila aku bawa nanti.

Apa-apa sajalah asal sampai rumah sudah .

Di dalam kereta.

Aku menggagau mencari telefon di dalam handbag, bila telefon aku berdering minta diangkat.

Izham?

Nak apa pula mamat ni! Dah la aku dalam kereta dengan seteru dia.

Aduh!

Lama aku hanya pandang telefon sampai berhenti bunyi deringan, namun sekali lagi deringan itu berbunyi minta di angkat dan terhenti.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now