BAB 1

84K 2.3K 111
                                    


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼


Aira Medina

Kring!! Kring!!

Kedengaran bunyi nyaring daripada jam loceng Aira. Aira lantas sahaja mematikan deringan jam loceng tersebut, dia bangun daripada katilnya lalu menyelak langsir biliknya.

"Erghhh!! " ucap Aira sambil mengeliat memandang pemandangan yang indah melalui tingkap biliknya.

"Aku kena bersiap cepat ni! Hari ini hari pembukaan cafe aku" kata Aira dengan bersemangat lalu terus sahaja dia mencapai tuala bewarna pinknya di ampaian pakaian biliknya.

******************

Haufan Hazzan

Seorang butler sedang setia berdiri di pintu bilik tuannya sementara menunggu tuannya bersiap. Tiba-tiba sahaja pintu bilik terbuka lalu butler tu pun membongkokkan sedikit badannya.

"Tuan muda, breakfast tuan muda dah terhidang di atas meja makan, barang-barang keperluan tuan muda juga saya telah letak di atas meja di ruang tamu" ucap butler

" Kevin dah sampai ke?" soal Haufan dengan nada yang mendatar sambil memakai jam tangan berjenama casio.

"Oh ya tuan Kevin sudah lama menunggu tuan muda di meja makan" tanpa menjawab apa-apa Haufan terus sahaja bergegas turun ke meja makan. Dia terlihat Kevin iaitu PAnya merangkap teman baiknya sendiri sedang melahap makanan.

"Kau asal datang rumah aku je kebulur, kau ni tak pernah makan ke ha!" kata Haufan dengan dinginnya.

Kevin yang mendengar kata-kata daripada mulut Haufan itu hanya mengendahkannya sahaja. Bukannya dia tidak mengenali bahawa Haufan sememangnya begitu.

"Suka hati aku la bro! , lagipun kau tu lambat sangat bersiapnya daripada aku mati kebulur baik aku makan" ucap Kevin yang asyik dengan makanannya.

"Lantak kau la. Misi semalam macam mana ada budak-budak yang cedera? " soal Haufan sambil dia menikmati mushroom soupnya

"Nope. Budak-budak kita semua okay lagipun semalam yang conduct misi tu Rizqin and Ayan, berani ke budak-budak ni buat hal"

"Kalau macam tu baguslah, nanti malam aku datang markas jangan lupa inform kat mereka semua" ucap Haufan

******************

"Ma! Pa! Morning hihihi" ucap Aira sambil mencium pipi mereka

"Amboi semangatnya kamu hari ni, pagi-pagi lagi dah cantik ni nak kemana princess mama ni" soal Datin Amina sambil mencedok mi ke dalam pinggan suaminya

"Mama.. Hari ni kan hari pembukaan cafe Aira mesti mama lupa kan"

"Mama kamu ni memang asyik lupa je maklumlah dah tua kan" usik Dato Rizqi

" Eh abang ni sedap awak je cakap saya tua ye" Datin Amina terus sahaja menarik muka

"Papa ni tak baik la usik mama macam tu mama cantik la muda lagi. Aira faham mama sibuk sebab tu mama terlupa" ucap Aira untuk memujuk hati mamanya

" abang minta maaf ye sayang, abang nak bergurau-gurau je pagi ni" ucap Dato Rizqi

"Amboi mama papa, depan adik pun nak bersweet-sweet ke? " soal Azriq Daniel yang merupakan anak sulung mereka

"Biar la along mama papa nak sweet kan adik" sampuk Azeen Damien yang merupakan anak ketiga mereka daripada belakang

"Along! Acik! Cepatlah duduk makan adik tak sabar ni nak rasmikan cafe baru adik" ucap Aira dengan teruja.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now