BAB 34

25.3K 1.2K 127
                                    

' Song: ♪ I Still Like You-Xia Wanan ♪'
Author tak pandai sangat nak pilih lagu ni, so pakai letak je hope enjoy okay! 🥰

Jangan lupa Vote and Comment 🤭💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Err tak.. Hee cari Nathan dengan Kevin" balas Aira perlahan

"Buat apa cari dua ekor tu? "  soal Haufan kembali dengan menjongket keningnya sebelah.

"Aaa err tak.. Saja" balas Aira gagap sambil memandang lantai. Dia tidak berani memandang mata Haufan entah mengapa dia terasa berdebar.

"Diorang ada dekat bilik theater, pintu yang ada langsir merah tu" beritahu Haufan. "Jom aku ikut sekali" ajak Haufan namun Aira segera menolak.

"Ehhh tak payah!!!  Sa-saya boleh pergi sendiri" halang Aira. Dia takut akan di marahi oleh Haufan sekirannya dia bertanya tentang Rachel kepada mereka.

Haufan hanya memandang tajam ke arah Aira.

"Okay" balas Haufan bersahaja bukannya dia tidak tahu bahawa Aira ingin berjumpa dua ekor itu untuk bertanya pasal Rachel.

Haufan pun berlalu pergi, Aira menghembus nafas lega kerana Haufan tidak jadi mengikutnya berjumpa dengan Kevin dan Nathan.

"Malam nanti kita keluar" ujar Haufan yang membelakangi Aira

"Malam? Nak pergi mana? " soal Aira yang ingin tahu, tiba-tiba sahaja Haufan mengajaknya keluar. Ajak date ke?!!! Namun persoalan Aira di biar sepi begitu sahaja oleh Haufan.

"Eeii semalam bukan main lagi luah perasan kat orang, hari ni dingin balik!  Entah pape!! " omel Aira geram dengan sikap Haufan. Kemudian laju sahaja kakinya melangkah menuju ke bilik theater.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(Bilik Theater)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bilik Theater)

Aira yang tiba di bilik theater itu berasa sungguh terkejut and wow!  Tak sangka di rumahnya yé yé Haufan ini terdapatnya bilik theater yang begitu mewah. Kelihatan Kevin dan Nathan sedang sedap berbaring di kerusi belakang sambil menonton movie.

"Haa!!  Puas tau tak saya korang!! " jerkah Aira sehingga mengejutkankan mereka yang sedang asyik menonton cerita itu. Kevin dan Nathan berpaling sambil tersengih tidak bersalah ke arah Aira.

Aira pun menuju ke arah mereka lalu duduk di lantai bilik theater itu. Mujur lantai itu beralas dan bersih. Kemudian dia merenung tajam ke arah Kevin dan Nathan.

"Baik korang cerita sekarang! " ujar Aira garang. Namun bagi mereka Aira comel, kalau Haufan baru dikategorikan garang.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now