BAB 35

26.2K 1.2K 54
                                    

'Song: ♪ Good Morning-Kassy ♪'

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Seminggu Kemudian ...

Mereka semua akan berangkat pulang ke Malaysia, setelah seminggu berada di Guangzhou. Aira kelihatan begitu gembira sekali kerana dapat mengenali yé yé dan nǎi nai Haufan. Walaupun yé yé kelihatan sangat garang dan tegas, dia juga menunjukkan sisi penyanyang terhadap Aira.

Rachel masih tidak berputus asa untuk mendekati Aira. Kerap kali juga dia datang ke rumah yé yé dan nǎi nai dengan tujuan untuk mendekati Aira namun ada sahaja halangan daripada rakan-rakannya Haufan.

Akhirnya Aira membuat keputusan untuk mengubah Rachel supaya dia berubah seperti sedia kala. Dia memberi nombor telefonnya kepada Rachel tanpa pengetahuan Haufan supaya Rachel dapat menghubungi jika ingin meluahkan sesuatu.

"Dah sampai sana nanti jangan lupa beritahu nǎi nai dan yé yé kat sini" pesan nǎi nai lembut sahaja.

"Haufan jaga Aira baik-baik ye" pesan nǎi nai lagi sambil memeluk erat Aira. Aira juga turut membalas pelukan nǎi nai dengan air mata yang mengalir. Sudah pasti dia akan merindui nǎi nai dan yé yé.

"ào fāng, quèbǎo tā yīzhí zài nǐ shēnbiān (Haufan, pastikan dia sentiasa dengan kamu) " pesan yé

"Hǎo yéyé ( baik datuk) " balas Haufan sambil membongkok sedikit.








































---------------------------------------------------------

Kuala Lumpur, Malaysia...

Sebaik sahaja mereka tiba di Kuala Lumpur,  Kevin, Rizqin, Ayan dan Nathan terus sahaja pergi ke markas Black Blood manakala Haufan dan Aira terus pulang ke rumah. Namun Aira pelik jalan tersebut sepertinya bukan menuju ke, rumah keluarganya mahupun keluarga Haufan.

"Awak?  Kita nak pergi mana? " soal Aira pelik

"Balik rumah" balas Haufan yang masih fokus memandu itu

"Tapi ni bukan jalan ke rumah mama papa, rumah mama papa awak pun bukan " soal Aira lagi

"Siapa cakap kita nak balik rumah mama papa" ujar Haufan. Aira hanya diam kerana malas mahu melayan Haufan.


























Tidak lama kemudian, mereka berdua pun tiba di hadapan sebuah rumah mewah yang moden. Nampak gayanya, perumahan tersebut masih baharu kerana tidak ramai yang menetap di situ lagi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You're My Stella ✔Where stories live. Discover now