BAB 46

23.8K 1.1K 72
                                    

'Song:♪A Bit Sweet by Silence Wang ft BY2♪'

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Seminggu Kemudian...

Aira dan Haufan sedang menikmati makan malam bersama namun hanya kedengaran  bunyi sudu dan garfu yang berlaga sahaja. Aira sesekali melirik ke arah Haufan yang sedang menikmati makan malam itu.

Dia ingin mengeluarkan suara namun tiada keberanian.

"Kalau kau nak cakap, cakap je lah" ujar Haufan tiba-tiba namun matanya masih fokus dengan makanan.

"Ahh, tak... Saya cuma nak tanya sesuatu je" ujar Aira ragu-ragu

"Tanya la"

"Lepas makan je lah" balas Aira

Mereka berdua pun menyambung makan kembali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ruang Tamu...

"Nak tanya apa? " soal Haufan sebaik sahaja mereka selesai makan.

Kini mereka berada di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Errr macam mana eh nak cakap... " ujar Aira seakan takut-takut. Haufan hanya memandang Aira sambil mengangkat keningnya.

"Sebelum tu saya nak minta sebab saya terdengar perbualan telefon awak" Aira berkata dengan sangat laju kerana takut, matanya hanya memandang lantai tidak sanggup memandang mata Haufan

"Kau dengar apa?"

"Saya dengar awak cakap pasal bunuh, emm" beritahu Aira

"Jadi kau nak tau?" Haufan terus sahaja menarik tangan Aira menaiki tangga.

Aira terpinga-pinga semasa tangannya di tarik. Dia hanya mengikuti langkah Haufan tanpa banyak soal. Kemudian Haufan membawa Aira memasuki bilik bacaan rumah mereka.

Haufan terus sahaja menekan perlahan dinding bilik bacaan tersebut dan secara tiba-tiba sahaja dinding tersebut tertolak ke dalam seperti pintu ditolak. Kelihatan sepertinya ada bilik rahsia.

Bilik tersebut sungguh gelap...

Pelbagai persoalan bermain di dalam fikiran Aira, mengapa dia tidak tahu bahawa di dalam rumah ini terdapatnya bilik rahsia. Apakah yang terdapat di dalam bilik rahsia tersebut? Fikir Aira

Haufan segera melangkah masuk ke dalam bilik tersebut meninggalkan Aira yang masih terpinga-pinga.

"Masuk la" arah Haufan

Sebaik sahaja Aira melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, dia terkejut dan terkesima kerana bilik tersebut di penuhi dengan pelbagai senjata dan bahan api. Terdapat pelbagai jenis pistol dan senapang yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You're My Stella ✔Where stories live. Discover now