BAB 11

27.2K 1.4K 18
                                    


Aira pun segera menuju ke arah Haufan. Kepalanya ditundukkan, dia tidak sanggup untuk melihat muka Haufan. Tangannya sahaja yang menghulurkan makanan kepada Haufan.

"Kenapa kau tunduk? " soal Haufan akan tetapi huluran Aira tidak di sambut olehnya.

"Tak.. Takde ap.. apa-apa. Ni haa makan Encik Haufan err sa.. saya per.. pergi dulu" lantas Aira meletakkan makanan tersebut di atas meja Haufan lalu ingin beredar

Baru sahaja tangan Aira ingin memulas tombol pintu tersebut Haufan menarik pergelangan tangan Aira sehingga Aira berpusing menghadapnya.

Aira cuba untuk melarikan diri namun Haufan bertindak lebih pantas dengan menahan kedua-dua pergelangan tangan Aira. Mereka bertentangan mata jarak antara muka mereka hanya beberapa inchi sahaja.

Aira dapat mendengar deruan nafas Haufan menyapa mukanya. Jantungnya berdegup laju memandang mata Haufan yang bewarna brown itu.

"Err encik Haufan, emm Encik nak apa lagi ye? Boleh tak lepaskan saya" ucap Aira yang cuba melarikan pandangan matanya daripada memandang mata Haufan.

Haufan terus sahaja melepaskan pegangan tersebut dan berdehem sambil membetulkan tali lehernya.

"Kau tak nak duit ke? " soal Haufan

Aira pun menepuk dahinya tanda terlupa meminta bayaran makanannya, dia pun segera menghulurkan tangannya sambil tersenyum kekok ke arah Haufan.

"Kau tunggu dekat situ, aku habis makan baru aku bayar" ujar Haufan lalu menuju ke arah mejanya.

Aira hanya reda dia berasa segan dan malu, jadi dia hanya menurut arahan Haufan. Aira pun segera duduk di sofa bersama-sama dengan Kevin dan dua orang rakan Haufan yang tidak dikenalinya.

Keadaan menjadi sangat kekok kerana tiada satu orang pun yang bersuara, hanya kedengaran bunyi Haufan sedang mengunyah makanannya sahaja.

Aira hanya tersenyum kekok ke arah Rizqin tetapi Rizqin tidak memberi sebarang reaksi pun hanya muka dingin yang ditayangkan olehnya.

"Kenapa la aku kena duduk dengan diaorang ni" ujar Aira di dalam hatinya.

"Haiii!! Aku Ayan sebelah aku ni Rizqin. Maaflah Rizqin ni memang sombong sikit bukan sikit tapi banyak tau" ucap Ayan sambil memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis ke arah Aira.

"Hai.. Saya Aira, saya owner cafe kay depan tu, selamat berkenalan" ujar Aira sambil memperkenalkan dirinya.

"So korang pun dah kenal masing-masing kan so let's be friend" jerit Kevin secara tiba-tiba

Aira hanya mengangguk tanda setuju dengan cadangan Kevin. Dia pun tidak mempunyai ramai kawan lelaki jadi apa salahnya dia berkawan dengan mereka bertiga.

Kelihatan mereka semakin rapat, rancak sahaja berborak sesama mereka. Rizqin hanya diam dan memerhati sahaja, dia sememangnya seorang yang tidak minat untuk bercerita tentang sesuatu pekara.

Aira merasa seronok dapat berborak bersama mereka dia sering sahaja tertawa melihat Kevin dan Ayan membuat lawak bodoh, kadang kala mereka berdua bergaduh.

Haufan hanya memerhati Aira, dia terpegun melihat Aira tersenyum dan tertawa bersama-sama rakan-rakannya. Dia tahu bahawa Aira berasa takut jika berhadapan dengan akan tetapi dia suka melihat Aira sebegitu, baginya Aira sungguh comel ketika dia takut.

Beberapa minit kemudian Haufan telah pun selesai makan, dia berdehem dengan kuat untuk menarik perhatian Aira, namun Aira terlalu asyik berborak dengan rakan-rakannya. Hanya Rizqin yang sedar dan memandang Haufan.

You're My Stella ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang