BAB 51

23.1K 1K 24
                                    

Sorry ye semua, chapter ni hambar sikit 😟 sis kekurangan idea pulak! Jangan lupa vote and comment ye 🥺💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Kau dah dapat cari lokasi wife aku?" soal Haufan sebaik sahaja dia nampak Rizqin yang sedang membelek komputer ribanya.

"Aku dah jumpa!" ujar Rizqin dengan yakin. Dalam masa yang singkat sahaja dia dapat mencari lokasi keberadaan Aira.

"Aku tak pasti tempat ni kat mana,tapi kalau kau nampak kat sini keliling dia hutan"

"Aku tau ni dekat mana!" ucap Ayan secara tiba-tiba.

"Kalau macam tu, aku nak korang siapkan senjata segera! Bawa beberapa orang anak buah korang" arah Haufan dengan tegas.Mereka berempat pun bergegas keluar apabila Haufan memberi arahan.

Kring!  Kring!

Telefon Haufan berbunyi menandakan adanya panggilan masuk. Dia fikir Hadif menelefonnya akan tetapi panggilan tersebut daripada papanya. Papanya menyuruh Haufan pulang ke rumah kerana keluarga Aira dan Hadif sedang berada di rumah keluarganya Haufan.

















----------------------------------------









Rumah Keluarga Haufan...

"Assalamualaikum" Haufan memberi salam. Kelihatan keluarganya keluarga Aira serta Hadif sedang duduk di ruang tamu. Jelas kedengaran pak ngah daripada tadi asyik memohon maaf kepada keluarga Aira.

"Waalaikumussalam" jawab mereka semua serentak

Along yang melihat kedatangan Haufan itu terus sahaja meluru ke arah Haufan. Kedua-dua bahu Haufan di pegang olehnya.

"Adik aku macam mana fan?! Kau jumpa tak?! " soal Azriq dengan risau. Dia lah paling risau ketika mendengar berita Aira di culik, segala meetingnya pada hari itu di batalkan dan terus sahaja bergegas ke mari.

Dia risau kerana dia masih ingat kejadian dulu, dia risau Aira akan keselamatan satu-satunya adik perempuannya. Kalau boleh dia tidak mahu kejadian lama itu berulang kembali.

"Aku dah jumpa lokasi Aira, jangan risau" ujar Haufan sambil menepuk bahu Azriq akan tetapi muka Haufan sangat ketat ketika itu.

"Haufan... Maafkan mak ngah, mak ngah yang salah!" ujar mama Hadif secara tiba-tiba. Dia betul-betul rasa bersalah dan menyesal. Dia juga tidak menyangka Hadif akan bertindak sedemikian.

Haufan hanya diam...

Mukanya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sudahlah hari ini dia tidak berapa sihat jadi moodnya tidak begitu baik, jadi lebih baik dia mendiamkan diri.

"Kamu yakin boleh handle semua ni?" soal Encik Hanz iaitu papa Haufan

"Fan yakin pa... "

Encik Hanz hanya mengangguk sahaja.

"Haufan selamatkan anak mama ye! Jaga keselamatan diri kamu juga" pesan ibu mentuanya iaitu Puan Amina dengan lembut sambil tersenyum kecil namun Haufan boleh nampak keresahan dan kerisauan di sebalik wajahnya Puan Amina.

"Biar aku ikut!" offer Azriq

"Tak perlu! Aku tak nak bahayakan orang lain terutamanya orang yang Aira sayang"

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now