BAB 53

24.8K 1.2K 112
                                    

Update awal sikit hari ni sebab sis ada kerja nak kena siapkan. Hope u guys suka chapter kali ni 🤭 jangan lupa vote and comment okay! 😉

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Setibanya sahaja mereka di hospital Aira terus sahaja di kejarkan ke unit kecemasan. Kebetulan abang Haufan, iaitu Haiyan bertugas ni unit kecemasan itu terus sahaja mengambil Aira sebagai pesakitnya.

Menurut Haiyan lagi, Aira harus segera di bedah untuk mengeluarkan peluru tersebut kalau tidak Aira akan kehilangan banyak darah. Haufan tanpa fikir panjang terus sahaja bersetuju dengan kata-kata abangnya itu. Haiyan yang melihat adiknya itu kelihatan begitu kalut cuba untuk menenangkannya.

"Sabar fan! Abang yakin Aira akan selamat, kau duduk dulu abang tengok kau pun macam tak sihat pucat je muka" ujar Haiyan sambil menepuk perlahan bahu Haufan.

"Jangan lupa beritahu family Aira. Abang nak kena gerak pergi OR (Operating Room)" ucap Haiyan lalu meninggalkan Haufan bersendirian.

Haufan pun menelefon Azriq untuk memberitahu dan menceritakan kejadian yang berlaku. Oleh itu, familynya dan family Aira terus sahaja bergegas ke hospital selepas mendengar berita yang di sampaikan oleh Haufan.

Selepas sahaja menamatkan panggilan, Haufan terus sahaja meraup mukanya. Dalam keadaan badannya terasa lemah, kepalanya sakit itu, dia hanya fikirkan keadaan Aira.

"Ya Allah! Selamatkanlah isteri aku!" rintih Haufan

Tidak lama selepas itu, Ayan, Nathan dan Kevin pun tiba bersama-sama dengan Rizqin yang kepalanya sudah berbalut kemas. Nasib baik luka yang di alami oleh Rizqin tidak serius sangat.

"Haufan! Aira macam mana?" soal Kevin sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah Haufan.

"Dia dalam OR, abang aku tengah bedah dia"

Haufan pun berdiri untuk menunggu di hadapan OR, namun baru sahaja beberapa langkah dia merasa pandangannya seakan-akan kabur dan akhirnya dia jatuh rebah di atas lantai hospital tersebut.

----------------------------------------

Haufan pun sedar daripada pengsannya, dia melihat sekeliling bilik itu dan ternyata dia masih berada di hospital lagi. Kelihatan keluarganya ada di dalam bilik tersebut bersama dengan rakan-rakannya termasuklah Aryan.

"Haufan, macam mana? Sakit lagi ke kepala tu?" ujar Puan Afia risau dengan keadaan anaknya itu.

"Fan okay je ma.. Aira ma, dia macam mana?" soal Haufan terus kemudian dia terus memandang Aryan.

Kesemua mereka yang berada di dalam itu hanya tersenyum kecil memandang Haufan yang risaukan Aira itu.

"Adik aku okay! Abang kau dah keluarkan dua peluru tersebut daripada bahu Aira nasib baik kau cepat bawa ke hospital" ujar Aryan lalu memeluk erat Haufan sebagai tanda terima kasih, kalau bukan di sebabkan oleh Haufan pasti Aira tidak dapat di selamatkan.

H

aufan menghembus nafas lega apabila Aryan memberitahu pembedahan itu berjaya.

"Ada lagi satu berita.... " ujar Aryan tapi dibiarkan sahaja ayatnya itu tergantung.

"Apa dia?! " soal Haufan

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now