BAB 25

25K 1.1K 51
                                    


Hanan besama Joe dan Zila pun di satu kelab malam. Kelihatan kelab malam itu sangat mewah daripada luar serta adanya lampu warna-warni yang berkelip-kelip dengan terang sekali.

Joe pun segera menuju ke arah pintu masuk kelab itu dan bercakap dengan dua orang bodyguardnya yang menjaga pintu tersebut. Tidak tahu apa yang di cakapkan oleh mereka namun mata bodyguard tersebut melirik ke arah Hanan yang berada di dalam kereta itu. Hanan yang merasa tidak selesa dipandang sebegitu terus sahaja merapati Zila.

"Ibu.. Hanan nak balik, Hanan tak nak ibu" Hanan cuba untuk memujuk Zila agar melepaskannya. Namun Zila hanya mengendahkan rayuan Hanan.

Berkali-kali Hanan merayu namun masih tetap sama. Sesekali dia melirik ke arah pintu kelab malam tersebut. Kelihatan Joe dan bodyguard yang menjaga pintu itu tiada, inilah peluang untuk Hanan melarikan diri.

Dia mengambil jaket yang berada di sebelahnya lalu disarung ke tubuhnya agar bahunya tidak terdedah. Kebetulan dia dalam kereta tersebut terdapat juga sehelai kain yang cukup besar untuk menutupi rambutnya.

Hanan memerhati Zila sedang leka bermain dengan telefon, jadi dia pun cuba membuka pintu kereta itu perlahan-lahan agar tidak disedari oleh Zila. Kelihatan pintu kereta itu terbuka sedikit dan Zila masih tidak sedar. Oleh itu, Hanan terus sahaja melangkah keluar dari kereta tersebut.

Zila yang tersedar akan anak tirinya itu sedang melarikan diri segera keluar dari kereta dan mengejarnya. Disebabkan Hanan tidak biasa memakai heels jadi dia tidak dapat berlari dengan laju dan sempat di tangkap oleh Zila.

"Kau nak pergi mana ha budak tak guna!!  Berani eh kau nak larikan diri!! " Zila menjerit dan memarahi Hanan. Semua orang yang berada berdekatan kelab itu hanya memerhati sahaja namun tidak menolongnya.

"Ibu!! Hanan tak nak ibu!!  Jangan paksa Hanan" Hanan merayu dan cuba untuk melarikan diri lagi namun rambutnya yang panjang itu ditarik kuat oleh Zila sehingga dia terdongak ke atas dan mengaduh kesakitan.

"Aaaa ibu!!  Sakit ibu!! " rintih Hanan dalam kesakitan.

"Kau jangan nak buat perangai ye.. Aku suruh kau jadi pelayan je kat kelab ni bukannya pelacur!! "  marah Zila sambil mengheret Hanan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Weii!  Kau tengok tu! " Kevin menuding jari ke arah seorang gadis yang di tarik oleh wanita agar masuk ke dalam kelab tersebut.

"Asal tu?  Kenapa dia tarik perempuan tu? " soal Ayan yang berada di sebelah Nathan yang sedang lena dibuai mimpi. Rizqin hanya memandang kosong ke arah yang di tunjuk oleh Kevin. Sesungguhnya dia sangat mengenali perempuan itu iaitu Hanan, namun tidak terdetik pun di dalam hatinya untuk membantu gadis itu.

Mereka berempat. dalam perjalanan pulang ke rumah mereka daripada markas Black Blood. Sudah semestinya Haufan telah membeli sebuah rumah buat mereka supaya mereka dapat berkumpul sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

"Tak perlu kita masuk campur urusan orang" ucap Rizqin dengan riak muka tiada perasaan.

"Weh kau biar betul aku rasa perempuan tu kena paksa la, kau tengok dari gaya dia tu" ujar Kevin

"Betul tu!!  Aku rasa dia kena paksa la, jom la kita pergi tolong" Ayan pula cuba untuk memujuk Rizqin. Rizqin sememangnya tidak suka membantu orang lain kerana baginya itu akan menyusahkan dirinya.

Rizqin pun mengeluh kasar lalu mengangguk. Mereka bertiga pun keluar dari kereta dan meninggalkan Nathan yang tidur di kerusi belakang itu. Mereka pun berjalan menuju ke arah Hanan dan Zila.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now