BAB 15

26.3K 1.2K 41
                                    


Rumah Dato Rizqi

"Along tak setuju dengan cadangan kawan kau tu angah!!! Bukannya kita tak boleh protect Aira, idea dia tu gila!! " bangkang Azriq sekeras-kerasnya.

"Tapi along ni untuk keselamatan adik, acik tak nak perkara dulu berulang kembali. Acik tak nak tengok adik sakit" luah Azeen

"Betul cakap acik tu along, kita semua bukan 24 jam dengan adik, along pun kerja, acik kerja, angah pun tak lama lagi nak kerja takkan Aqil pula dia busy dengan kelas" sokong Aryan manakala Aqil yang berada di sebelah mengangguk setuju.

"Along tak boleh!  Dia tu mafia lagi bahaya tau tak!! " ucap Azriq dengan tegas. Dia tidak dapat menerima cadangan gila yang di cadangkan oleh Haufan di pejabatnya tadi.
.
.
.
.
.
.

Flashback...
.
.
.
.
.
.
.

"Aira kena kahwin dengan aku tu je caranya" ucap Haufan tenang

"Kau gila ke?!!  Kau nak kahwin dengan adik aku kenapa?!  Kitaorang adik beradik dia boleh jaga dia! " marah Azriq sambil mengepal penumbuknya untuk menahan amarahnya.

Kalau ikutkan hatinya, sudah lama dia menumbuk muka Haufan tapi memikirkan Haufan merupakan seorang mafia dia cuba untuk menahan kemarahannya.

"Aku je yang mampu protect Aira, sebab aku kenal sangat Hadif tu, dia sepupu aku jadi aku tau perangai dia macam mana. Tahap psycho dia boleh membunuh korang semua tau tak" jelas Haufan

Suasana di dalam pejabat Haufan itu sangat tegang sekali. Azriq hanya memandang tajam ke arah Haufan. Air coffee yang terhidang di atas meja itu langsung tidak berusik.

"Kalau kau sepupu dia keselamatan Aira akan lebih terancam, mestilah dia akan kacau Aira dengan kau" ujar Aryan

"Aku mafia.. Jadi aku tau macam mana nak jaga barang berharga" ujar Haufan

"Adik aku bukan barang!! " marah Azriq sambil menghentak meja tersebut. Azeen yang melihat abang sulungnya hampir mengamuk itu terus sahaja menyuruh alongnya bertenang.

"Along.. Jangan bertindak ikut emosi kita dengar dulu apa dia cakap" pujuk Azeen

"Along tak boleh terima!  Kalau adik kita kahwin dengan dia hidup dia akan lebih berbahaya dia mafia kot!  Ujar Azriq yang masih tidak berpuas hati.

"Takpe.. Aku bagi korang masa untuk fikirkan cadangan aku bila korang dah ada jawapan just call aku" ujar Haufan sambil menghulurkan kad yang terdapat nombor telefonnya.

"Aku buat semua ni demi keselamatan Aira.. Aku pun tak nak tengok orang yang aku sayang dalam bahaya" tambah Haufan lagi

"Apa maksud kau? " soal Aryan

"Aku cintakan Aira"
.
.
.
.
.
.

"Along fikir la dulu, Aqil pun rasa ni je cara untuk protect kakak. Aqil tak nak kehilangan kakak"  luah Aqil yang sememangnya rapat dengan Aira.

"Angah setuju dengan Aqil, dengan cara tu je kita dapat protect Aira. Lagipun angah takut dia akan libatkan familny kita mama papa" ujar Aryan pula

"Lagipun dia mafia, mesti dia akan protect adik sebaiknya" tambah Azeen pula

Terdengar Azriq melepaskan keluhan berat,  fikirannya berserabut memikirkan perkara tersebut. Dia pun segera beredar keluar dari bilik tersebut. Dia perlu mencari ketenangan bagi memikirkan masalah itu.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now