BAB 58

24.2K 1K 61
                                    

Sorry chapter ni pendek pulak... apa-apapun wait for next chapter okay!

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Malam itu...

Mereka sekeluarga akan makan malam bersama-sama dengan keluarga Haufan juga. Aira begitu excited hendak berjumpa dengan mama papa termasuklah abang dan adiknya Aqil.

Sebaik sahaja Aira melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya, dia terus sahaja mencari kelibat mamanya iaitu Puan Amina yang berada di dapur. Dipeluk mamanya dari belakang dengan erat sekali.

"Mama!! Aira rindu mama" ucap Aira

"Ya Allah! Terkejut mama. Bila kamu sampai ni?" soal Puan Amina lalu berpaling dan memeluk anak perempuannya itu.

"Hihihi baru je ma... Mama masak apa tu?" soal Aira sambil menjenguk ke arah kuali

"Mama masak simple je, tomyam campur dengan ayam masak merah kegemaran Aira la. Lepastu nak tumis sayur-sayur sikit"

"Haa Haufan mana? Family Haufan dah sampai ke?" soal Puan Amina

"Ada dekat depan tu, mama papa Haufan datang lambat sikit sebab tunggu abang Haiyan" jelas Aira

"Cucu mama macam mana sihat? Lelaki ke perempuan?" soal Puan Amina teruja apabila teringat yang Aira baru sahaja check up pagi tadi.

"Hehehe sihat je maa... Tapi jantina rahsia nanti semua berkumpul baru Aira beritahu eh" ujar Aira lalu meninggalkan Puan Amina di dapur

"Eh anak bertuah betul" bebel Puan Amina



---------------------------------------------





Mereka semua pun menjamu selera. Aira lah yang paling berselera sekali makan, kesemua mereka hanya menggelengkan kepala sambil tergelak kecil melihat Aira menambah lauk dan nasi. Oleh sebab itu, pipi Aira juga semakin tembam.

Haufan yang berada di sebelah Aira hanya melayan sahaja nafsu makan Aira. Kalau di halang nanti merajuk jadi dia hanya membiarkan sahaja.

"Kenapa semua orang tengok Aira?" soal Aira

"Kau tu makan gelojoh sangat, memang la orang tengok"

Kutukan Haufan itu menyebabkan Aira menarik muka. Puan Afia yang kebetulan duduk di sebelah Haufan itu terus sahaja mencubit peha Haufan sehingga Haufan menjerit kesakitan. Matanya dijegilkan ke arah Haufan.

"Awww okay ma...sakit-sakit" adu Haufan

"Aku gurau je... Kau jangan merajuk eh, lepasni kita makan aiskrim nak?" pujuk Haufan

"Nak aiskrim banyak"

"Ye boleh, untuk kau semua boleh"

"Haaa Haufan, macam mana check up tadi dah tau jantina baby?" soal papa Haufan, Encik Hanz ingin tahu.

Mereka semua pun memandang Haufan dan Aira untuk menanti jawapan daripada mereka. Sudah semestinya keluarga Haufan dan Aira begitu excited kerana itu merupakan cucu sulung mereka.

"Twins boys!" beritahu Aira dengan gembira.

Mereka semua menekup mulut tanda terkejut dan gembira. Mereka tidak sangka bahawa Aira mengandungkan kembar. Buat pertama kali dalam sejarah keluarga mereka, mereka akan mendapat cucu kembar.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now