BAB 32

25K 1.1K 55
                                    

'Song: ♪ Ai De Shuang Chong Mo Li- BY2♪'

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Haufan pun memasuki bilik mereka dengan mukanya yang ketat. Kelihatan Aira sedang duduk di birai katil dengan air muka yang menunjukkan dia takut. Aira yang melihat Haufan begitu berasa takut untuk menegurnya.

"Macam mana kau boleh rapat dengan si Rachel tu? " soal Haufan yang sedang berdiri bertentangan dengan Aira. Matanya tepat merenung ke arah Aira untuk meminta penjelasan.

"Dia datang tegur saya dulu... Saya pun balas je kenapa? " soal Aira kembali

" Aku tak nak tengok kau rapat dengan dia lagi " ujar Haufan

"Tapi kenapa?  Dia layan saya baik" Aira membalas kata-kata Haufan dengan nada yang tidak puas hati.

"Jangan rapat dengan Rachel! " ujar Haufan dengan nada yang tinggi sedikit daripada tadi. Aira seakan terkejut apabila di marahi oleh Haufan. Dia pun segera berbaring dan membungkus dirinya dengan selimut.

"Huh!  Orang nak berkawan pun salah ke?!!  Eiii geram!!! " omel Aira yang yang berada di dalam selimut itu. Tidak lama kemudian, tiba-tiba dia berasa dirinya di peluk serta selimutnya di tarik sedikit. Haufan meletakkan membenamkan mukanya di leher Aira dan tiba-tiba dia berbisik kepada Aira.

"Aku buat semua ni bersebab, sebab aku sayang kau Aira, aku nak jaga kau" luah Haufan ikhlas

"Ada sebab kenapa aku tak nak kau rapat dengan Rachel, tapi aku tak nak beritahu kau lagi sebab aku takut kau terkejut" jelas Haufan lagi sambil dia membenamkan mukanya lebih dalam di leher Aira. Aira berasa geli namun dia cuba untuk menahan perasaan itu.

"Aku memang dingin dengan perempuan, kadang-kadang dengan mama aku sendiri aku dingin. Memang macam ni la perangai aku tapi aku cuba untuk layan kau dengan baik, jaga kau dengan baik. Jujur aku cakap aku memang tak pandai berkata-kata manis jadi aku harap kau dapat terima aku seadany" luah Haufan panjang lebar.

Aira tersentuh dengan kata-kata Haufan, dia merasakan keihklasan Haufan terhadapnya. Aira rasa tidak salah untuk dia mengenali Haufan dengan lebih mendalam lagi. Baru sahaja dia ingin membalas kata-kata Haufan. Tiba-tiba dirinya di pusing oleh Haufan agar menghadap Haufan.

"Wǒ xǐhuān nǐ, méiyǒu wǒ ài nǐ ( aku suka kau, tak aku cintakan kau) " bisik Haufan perlahan sambil memandang tepat ke arah anak mata Aira. Aira hanya diam kaku sambil menatap mata Haufan. Dia merasakan Haufan sedang meluahkan perasaan.

Perlahan-lahan Haufan merapati muka Aira dan kemudiannya bibir mereka pun bersentuhan. Haufan mencium bibir Aira dengan lembut sekali, sesekali dia mengigit  bibir pink Aira namun Aira hanya diam dan kaku kerana terkejut sedikit pun dia tidak membalas ciuman Haufan.

Ciuman tersebut kemudiannya beralih ke arah leher putih milik Aira. Aira yang terkejut itu cuba untuk menolak Haufan namun Haufan terus sahaja menggigit leher Aira sehingga Aira mengaduh kesakitan.

"Aaaa awak... Sa-saya tak bersedia lagi" ucap Aira

"Aku tau... Aku tak kan minta hak aku sebagai suami lagi selagi kau tak bersedia" balas Haufan setelah dia meninggalkan tanda di leher Aira.

"Tapi kalau aku tak tahan, aku sentuh la sikit-sikit" ucap Haufan selamba dengan riak muka yang tiada perasaan.

"Huh? " Aira memandang Haufan dengan mengerutkan dahinya. Haufan dengan sengaja terus sahaja menjentik dahi Aira sehingga dia mengaduh sakit.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now