BAB 72

29K 1.1K 34
                                    


Haa sorry for the late update! Sis sibuk banyak kerja yang nak disiapkan. Bab ni pun sis dah kekurangan idea hope readers tetap enjoy!

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Jom kita pergi pujuk daddy nak?" ajak Aira lalu mendukung Hazreeq menuju ke laman belakang rumahnya. Muka Hazreeq merah kerana menangis tadi.

Sebaik sahaja mereka tiba di laman belakang, kelihatan Haufan sedang membiarkan Hazreen bermain dengan peanut. Peanut hanya duduk di sebelah Hazreen sambil menggoyang ekornya. Tidak kisah langsung dengan Hazreen yang asyik mengusap kasar badannya itu.

Sesekali dia mengeow kecil...

Memang sengaja Aira membiarkan twins bermain dengan peanut kerana dia tahu peanut tidak akan mencakar mereka tambahan pula, dia mahu twins menjadi pencinta kucing apabila besar nanti.

"Tengok tu daddy main dengan abang Hazreen je" ujar Aira kepada Hazreeq yang berada di dalam dukungannya itu. Bibir Hazreeq mula tercebik ingin menangis kembali.

"Kita pergi dekat daddy dengan abang ye"

Aira pun melangkah ke arah Haufan yang sedang duduk di atas rumput di halaman belakang rumahnya itu.

"Abang... Marah lagi ke tu?"

"Hmm"

"Di... Di... " panggil Hazreeq sambil mendepakan tangannya mulutnya juga dimuncungkan.

"Di.... Hiks...." panggil Hazreeq lagi sambil merengek-rengek. Haufan pun mengambil Hazreeq daripada dukungan Aira. Di tepuk-tepuk perlahan belakang Hazreeq untuk memujuk twinsnya.

"Sayang daddy tak?"

"Di.. Di.."  sebut Hazreeq sambil memeluk leher Haufan

"Daddy tak marah pun, dah anak jantan tak menangis okay! Tengok abang Hazreen tu" mulut Haufan memuncung ke arah Hazreen yang sedang meniarap di atas rumput itu. Jangan risau ye! Itu hanya rumput plastik hihi.

"Besar nanti kena jadi macam daddy okay! Kacak dan hebat, bukan macam papa Kevin tu perangai beruk playboy pulak tu memanjang" sempat dia mengutuk Kevin.

"Hish abang ni, tak baik la" tegur Aira

"Apa?!  Betul la, kau nak tengok anak kita perangai lahanat macam Kevin tu"

"Lahanat lahanat dia pun, dia tetap orang kanan abang kan?" ujar Aira sambil mengangkat keningnya. Haufan tidak menjawab tetapi hanya membuat muka.

"Abang... " panggil Aira perlahan. Suara Aira yang perlahan itu menyebabkan Haufan berfikir yang Aira ingin menggodanya.

"Tadi aku dah kena bebel dengan mama, tunggu la kau betul-betul habis pantang" balas Haufan selamba

Pak!!

Dengan geram Aira menampar kuat peha Haufan sehingga Haufan mengaduh kesakitan.

"Cuba dengar, apa yang orang nak cakap dulu! "

"Abang rasa Rizqin betul-betul sukakan Hanan tak?" soal Aira

"Yang kau sibuk nak tau kenapa?" soal Haufan lalu meniarapkan Hazreeq di sebelah Hazreen. Dibiarkan twinsnya itu bermain bersama dengan peanut.

"Aira bukan apa abang, kesian dekat Hanan tu semalam dia luah dekat Aira pasal Rizqin." Aira pun menceritakan semuanya kepada Haufan. Aira memang akan menceritakan semua perkara kepada Haufan kerana baginya tiada rahsia diantara mereka suami isteri.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now