BAB 17

25.6K 1.3K 15
                                    


"Aku nak cakap pasal Aira" beritahu Azriq.

"Masuk la dalam kereta aku, aku tak boleh lama-lama" Haufan pun memasuki keretanya di ikuti oleh Azriq.

"Kau nak cakap pasal apa? " soal Haufan

"Aku memang susah nak percayakan orang tapi kau memang betul-betul boleh jaga adik aku? Aku bukan apa aku tak yakin sebab kau tu mafia, aku tak nak nyawa adik aku makin terancam" Azriq terus sahaja meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Aku yakin aku boleh jaga Aira, aku jamin keselamatan dia sebab aku tau kerja aku macam mana, aku tau macam mana nak uruskan musuh aku" jelas Haufan pula

"Aira tu la satu-satunya adik perempuan aku, aku tak nak kehilangan dia adik-adik aku yang lain pun sayangkan Aira, jadi aku harap kau boleh jaga adik aku sebaiknya" ucap Azriq sambil menepuk-nepuk bahu Haufan.

"Aku benarkan kahwin dengan Aira" Azriq memberikan kata putus

"Kau jangan risau, aku akan jaga Aira sebaik mungkin macam aku jaga nyawa aku sendiri" ucap Haufan pula

"Nanti aku akan bincang perkara ni dengan family aku terus. "

"Kalau boleh perkahwinan aku dengan Aira mestilah di lakukan as soon as possible, aku tak nak Hadif mulakan rancangan dia" pesan Haufan. Azriq hanya mengangguk tanda setuju.

Azriq berharap ini adalah keputusan yang tepat yang dia lakukan. Dia buat sedemikian kerana memikirkan keselamatan Aira.

"Along buat ini semua untuk adik" ucap hati kecil Azriq.

*******************************************

Keesokan harinya Aira pun dapat discharge dari hospital. Azriq yang kebetulan mengambil cuti pada hari itu, menjemput Aira dari hospital.

Semasa dalam perjalanan ke rumah, kedua-dua mereka hanya diam sahaja, hanya kedengaran bunyi lagu dari radio. Mungkin tiada topik yang mahu di bualkan oleh adik beradik itu.

Azriq masih lagi memikirkan bagaimana cara dia ingin memberitahu Aira supaya Aira bersetuju untuk berkahwin dengan Haufan. Dia sudah pun memberitahu hal tersebut kepada ahli keluarganya yang lain. Sudah semestinya mama mereka yang paling risau akan keselamatan Aira.

Kesemua ahli keluarga bersetuju agar Aira berkahwin dengan Haufan, namun keputusannya masih terletak di tangan Aira. Sekiranya Aira tidak bersetuju bagaimana? Takkan la dia mahu memaksa Aira. Nampaknya dia terpaksa menggunakan cara tersebut

"Adik.. Along ada perkara nak bincang dengan adik" ujar Azriq secara tiba-tiba. Aira yang sedang mengelamun itu terus tersedar apabila terdengar suara alongnya.

"Haa ye.. Apa dia along? Maaf tadi adik mengelamun" ujar Aira

"Along harap adik dapat terima apa yang along nak cakap ni.. Along nak adik kahwin."

"Apa?!! Along ni bukannya masa nak bergurau la " ujar Aira sambil memandang pelik ke arah alongnya.

"Along tak main-main dik.. Along dah beritahu mama papa dan mereka pun setuju" jelas Azriq lagi

"Wait!! Apa ni along, perkara ni bukan boleh bawa main. Tiba-tiba sahaja along nak suruh adik kahwin, dengan siapa!! " ujar Aira dengan nadanya yang tinggi sedikit.

"Along buat semua ni bersebab adik.. Ni semua untuk kepentingan adik. Along rasa dia yang sesuai untuk adik Haufan" beritahu Azriq

"Apa ni along! Kenal dengan dia pun tak, dia tu cuma pelanggan adik je along. Adik tak kira adik tak setuju" bangkang Aira

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now