BAB 26

25.7K 1.2K 50
                                    


Hari ini ialah hari di mana Aira akan diijabkabulkan dengan Haufan. Mereka akan diijabkabulkan di rumah Aira yang berwalikan papa Aira sendiri iaitu Dato Rizqi. Aira kelihatan begitu anggun dengan menggayakan baju kurung moden bewarna putih serta veil di atas kepalanya.

(Veil)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Veil)

Aira hanya mengenakan make up yang nipis sahaja. Sungguh dia tidak sangka bahawa dalam masa beberapa jam sahaja lagi dia akan diijabkabulkan dan menjadi isteri orang. Walaupun sukar untuk menerima hakikat namun dia percaya pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Majlis resepsi perkahwinannya akan diadakan pada malam ini di dewan. Segala perhiasan dan aturan di lalukan oleh kedua-dua belah keluarga.Sedang dia asyik termenung di depan cermin tiba-tiba sahaja dia mendengar suara Falia.

"Aira!  Aira!  Fuyooo cantiknya kau"  soal Falia teruja melihat Aira yang sudah bersiap dengan baju kurungnya.

"Hish kau ni dari jauh aku dah dengar suara kau tau tak" tegur Aira, sememangnya suara Falia ini sangat kuat seperti menggunakan mic. Falia hanya menggaru kepalanya tanda tidak bersalah.

Falia pun mendekati Aira dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Tangan Aira digenggam dengan erat.

"Aku tau kau nervous, tangan kau pun sejuk je" ujar Falia, Aira yang merasa sebak itu terus sahaja memeluk Falia erat.

"Aku takut.. Aku takut tak mampu nak bawa tanggungjawab sebagai seorang isteri" ujar Aira sambil tersedu-sedu.

"Hei!  Kau jangan nangis, rosak make up kau. Aku yakin kau boleh okay jangan risau" Falia pun cuba untuk memujuk Aira.

"Kalau Mamat tu buli kau beritahu je aku,aku datang aku smackdown dia" gurau Falia. Aira yang mendengar gurauan Falia itu terus sahaja tersenyum kecil, air matanya di kesat mujur tidak merosakkan make upnya.

Tok! Tok! Tok!

Kelihatan muka Aqil terjegul di sebalik pintu, kemudian dia pun melangkah masuk ke dalam bilik Aira sambil tersengih.

"Akak.. Pengantin lelaki dah sampai, papa suruh turun" beritahu Aqil. Aira yang mendengar kata-kata Aqil itu terus sahaja berdiri dan melangkah keluar bersama-sama dengan Falia dan Aqil.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.

Ruang Tamu....

Aira sedang duduk bersimpuh di atas kusyen yang khas untuknya. Di sisi sebelah kanannya ialah mamanya, Puan Amina manakala sisi sebelah kirinya pula ialah mama Haufan, Puan Afia.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now