BAB 60

22.1K 1K 40
                                    


'Song:♪ You Are My Garden by Jung Eun Ji♪'

Hope readers sekalian enjoy okay chapter kali ini.. Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 🥰💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Kedegang!

Bunyi pintu wad Haufan di buka kasar oleh Aira. Matanya tajam sahaja merenung Haufan yang sedang bersandar pada katil itu. Namun Haufan tidak menunjukkan sebarang riak pun pada wajahnya itu.

"Suka hati abang je eh cakap Aira perempuan perut besar!  Abang juga yang buat perut Aira macam ni" marah Aira sambil bercekak pinggang.

"Apa masalah kau ni! Kau siapa nak panggil aku abang?!" ujar Haufan dengan dingin sambil menjeling Aira.

"Sampai hati abang cakap macam tu dekat Aira!!"  Aira cuba untuk mendekati Haufan namun cepat-cepat Kevin menghalang risau Aira akan bertindak yang bukan-bukan sehingga memberi pengaruh buruk pada kandungannya.

Haufan mula mendengus kasar

"Rizqin kau bawa perempuan ni keluar, kepala aku serabut la" arah Haufan lalu dia pun menarik selimut dan memejamkan matanya. Rizqin pun cuba memujuk Aira untuk keluar dari wad Haufan.

"Sa-saya benci a-awak!!" ujar Aira. Hilang terus panggilan abang yang selalu di panggil oleh Aira. Aira pun hanya mengikut langkah Rizqin untuk keluar dari wad Haufan.













---------------------------------------------













"Aira, kau jangan macam ni. Aku yakin Haufan akan ingat semula jadi kau kena bersabar okay" pujuk Rizqin

"Tapi Rizqin! Saya tengah pregnantkan anak dia macam mana hidup saya kalau dia tak ingat saya" luah Aira sedih

"Kau jangan risau aku Kevin dan lain-lain ada untuk kau, termasuk abang-abang kau. Kitaorang akan jaga kau dan aku akan cari siapa yang buat Haufan macam tu. Tu janji aku" jelas Rizqin dengan muka yang serius

Aira hanya diam...

Dia buntu...

"Mari aku hantar kau balik" ajak Rizqin

"Balik mana?" soal Aira kembali

"Kau nak balik mana? Rumah kau or family kau"

"Emmm rumah saya"

"Okay jom!"

🌼🌼🌼🌼🌼

Setibanya mereka di hadapan rumah Haufan dan Aira. Aira terus sahaja mengucapkan terima kasih kepada Rizqin dan masuk ke dalam rumahnya. Namun Rizqin perasan akan sebuah kereta Audi hitam yang elok terparkir tidak jauh dari kawasan rumah Aira.

Setahunya tidak pernah ada seorang pun di kawasan kejiranan tersebut menggunakan kereta Audi hitam. Rizqin yang berasa risau itu terus sahaja menelefon Luqman dan Haq agar datang segera dan mengawasi rumah Aira.

Inilah tugasnya sekarang, dia harus menjaga keselamatan Aira daripada musuh Haufan yang mereka masih belum ketahui siapakah orangnya.

"Malam ni kita tidur bertiga je sayang... " ujar Aira sambil mengusap perutnya. Dia pun segera melangkah masuk ke dalam biliknya. Dalam hatinya berdoa agar ingatan Haufan akan kembali pulih seperti sedia kala.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now