BAB 69

25K 1.4K 118
                                    

Atas permintaan ramai sis double update yeay!! 😘
So korang kena la vote and komen banyak-banyak okay! Baru semangat nak update 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Sebulan berlalu...

Sebulan telah pun berlalu. Aira pun sudah berpantang 31 hari. 31HARI!! Masih berbaki 69 hari lagi dan Haufan sangat terseksa. Terseksa kenapa? Mamanya tidak membenarkan dia tidur bersama dengan Aira jadi dia terpaksa tidur di bilik tetamu seorang diri.

Twins pun sudah hampir masuk sebulan, jadi rumah mereka kini juga tidak lagi sunyi kerana dipenuhi dengan tangisan dan gelak tawa daripada the Hazzans. Twins semakin hari semakin bising mulut mereka terutama apabila dilayan oleh mummynya.

Puan Afia dan Puan Amina akan bergilir-gilir menjaga Aira semasa berpantang. Selain itu mereka juga akan memastikan Haufan tidak akan bermanja lebih-lebih dengan Aira. Asal ada peluang sahaja mesti tangan Haufan gatal ingin menyentuh Aira namun sempat di halang oleh mama-mama mereka.

Disebabkan itu Haufan hanya menghabiskan masanya dengan bermain dengan the Hazzans. Suka sungguh dia melayan keletah twinsnya itu. Tetapi kadang-kadang twins mengada asyik menempel dengan mummy mereka sahaja seperti mengejeknya.

Sakit la juga hati! Tak dapat merasa kasih sayang Aira! Sebal Haufan.

Lebih menyakitkan hati bila twins tidak mahu bermain dengannya terutama sekali si adik iaitu Hazreeq! Apabila pulang dari pejabat pasti si adik terus sahaja merengek mahukan Aira.

"Ma.... " panggil Haufan dengan meleret-leret.

"Apa?!" soal Puan Afia dengan garang sambil memasak lauk pantang untuk Aira

"Ma.. Bagilah can dekat Haufan manja sikit je dengan Aira, tak lebih-lebih pun hug je"

"Ahh takde takde... Kamu tu cakap je sikit, sikit-sikit tu boleh jadi lebih. Mama kenal sangat kamu tu. Cuba kesian sikit dekat Aira tu, biar di berehat betul-betul, biar dalaman dia elok baru la Aira tu sentiasa sihat dan cantik macam mama ni"bebel Puan Afia panjang lebar.

Namun hanya membuat muka mendengar bebelan mamanya itu. Itulah perkara yang asyik diulang olehnya sehingga dia bosan mendengarnya. Dia pun melangkah ke ruang tamu dan mengabaikan jeritan Puan Afia

Aira sedang duduk sambil melunjurkan kakinya di atas sofa dengan begitu senang sekali sambil menyusukan Hazreen. Hazreeq berada di dalam baby bednya di sebelah Aira. Haufan hanya menjeling tajam ke arah Aira. Senang hati betul! Bisik Haufan.

"Uwaa! Uwaa!" raung si adik, Hazreeq yang berada di dalam baby bednya itu. Aira yang sedang menyusukan Hazreen itu tidak boleh begerak kalau tidak pasti si abangnya pula akan menangis.

Haufan yang melihat Aira susah itu terus sahaja mendekati baby bed itu dan menggendong Hazreeq. Punggung Hazreeq di tepuk perlahan oleh Haufan namun tangisannya masih kuat. Haufan buntu untuk memujuk anaknya itu.

"Abang... Meh Aira pujuk Hazreeq" ujar Aira lalu menghulurkan sebelah tangannya manakala sebelah tangganya lagi memangku si Hazreen yang sedap menyusu itu.

"Why anak mummy ni nangis" pujuk Aira sambil mengagah Hazreeq namun tangisan Hazreeq terus sahaja berhenti sebaik sahaja dia melihat muka Aira. Terus sahaja tergelak kecil si adik itu.

Haufan berdecit perlahan! Inilah yang di panggil diskriminasi kerana Hazreeq lebih menyukai Aira berbanding dirinya. Antara Hazreen dengan Hazreeq, Hazreeq la paling tidak reti duduk diam, dan nakal berbanding abangnya. Tengoklah si abang,selalu relaks je.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now