BAB 45

24.6K 1.1K 66
                                    

'Song:♪ I Love You With All My Heart-Damsonegongbang ♪'

Auhtor cuba nak buat bab ni sedih jadi auhtor pilih la lagu ni hihi. Hope u guys enjoy and jangan lupa vote and comment okay 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Acik! Sibuk ke? " soal Aira sambil menjengukkan kepalanya ke arah celah pintu bilik Azeen yang tidak tertutup rapat itu. Selepas mendapat gelengan daripada Azeen, Aira terus sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa acik tak kerja hari ni? " soal Aira

"Acik saja ambil cuti, lagi pun lama acik tak cuti tau-tau Aira datang rumah hari ni" ucap Azeen sambil mengusap rambut Aira.

"Adik saja datang.. Adik rindu mama papa pastu along, acik semua"

"Kitaorang pun rindu sangat-sangat dekat satu-satunya adik perempuan kitaorang ni. Macam mana Haufan baik kan dengan adik?" soal Azeen

"Aaa baik.. Dia layan adik baik je tapi-

Kata-kata Aira yang tergantung itu menyebabkan Azeen memandang Aira dengan risau.

"Tapi apa? Dia ada pukul adik? " soal Azeen sambil membelek-belek badan Aira.

Aira hanya tergelak kecil, sambil menggelengkan kepala.

"Acik ni pun dah ikut perangai along ye... " ujar Aira sambil teringatkan sikap Azriq yang begitu protective terhadapnya.

"Memang ni tugas kitaorang sebagai abang untuk protect adik-adik kitaorang.. Ingat dulu masa Aqil kena buli bila angah datang sekolah,jumpa budak-budak yang buli Aqil tu terus diorang berhenti buli Aqil" Azeen mengingatkan kembali kejadian tersebut.

"Now Aqil dah pandai jaga diri.. Tapi adik lain, sebab adik perempuan jadi along, acik dan yang lain akan selalu jaga adik" tambah Azeen lagi sambil matanya redup memandang Aira dengan penuh kasih sayang sebagai seorang abang.

"Acik... " ujar Aira yang mulutnya tercebik kerana ingin menangis mendengar kata-kata aciknya.

"Ehh jangan la nangis, nanti mama ingat acik buat adik pula" pujuk Azeen sambil memeluk erat Aira.

"Acik... Adik rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Haufan" ujar Aira yang berada di dalam pelukan Azeen itu.

Azeen yang mendengar kata-kata Aira itu terus sahaja melepaskan pelukannya.

"Maksud adik? "

🌼🌼🌼🌼🌼

Hospital...

Mama dan Papa Hadif kini berada di dalam bilik doktor. Mereka sedang menanti keputusan imbasan CT daripada doktor yang merawat anak mereka. Tidak lama kemudian doktor pun masuk ke dalam bilik tersebut.

Doktor itu pun duduk di hadapan mereka, lalu memusingkan komputer tersebut untuk menunjukkan imbasan ct kepada mama dan papa Hadif.

"Baiklah, kat sini ada dua gambar yang kanan ni imbasan CT hati orang yang normal manakala sebelah kiri ni imbasan hati anak Encik dan Puan"  mendengar kata-kata doktor itu telah membuat hati seorang ibu menjadi sangat risau.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now