BAB 8

28.5K 1.4K 121
                                    


Haufan menunggu pesanannya sambil menyemak data kewangan melalui telefon bimbit. Dia sengaja menyuruh Aira yang memasaknya kerana dia mengetahui bahawa Aira sangat handal memasak. Jadi dia ingin merasa air tangan Aira.

Beberapa minit kemudian,kelihatan Aira keluar dari bahagian dapur sambil menatang dulang makanan dan minuman Haufan.

Aira menatang dulang tersebut dan berjalan dengan penuh debaran di hatinya. Dia berasa sungguh gerun untuk berhadapan dengan Haufan selepas kejadian di mall hari itu.

"Ni pesanan makanan Encik. Selamat menjamu selera"  ucap Aira lembut. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi tiba-tiba Haufan memanggilnya.

"Aku nak kau duduk depan aku"  ucap Haufan dengan riak muka tiada perasaannya.

"Aaa err  ta.. tapi saya ada banyak kerja lagi Encik" ucap Aira gagap akan tetapi dia terpaksa akur dengan permintaan Haufan lalu terus sahaja dia duduk di hadapan Haufan.

"Emm Encik saya betul-betul minta pasal kejadian dekat mall haritu, saya minta maaf juga bagi pihak kawan saya. Saya harap Encik dapat maafkan kitaorang" ujar Aira dengan laju

Haufan hanya diam dan menikmati makanannya. Dia sengaja menghiraukan Aira yang sedang menjelaskan kejadian tempoh hari. Dia sememangnya tidak kisah akan kejadian itu malahan dia sengaja ingin menakutkan Aira.

"Encik-

"Nama aku Haufan Hazzan, kau nak aku maafkan kau? " soal Haufan. Aira pun segera mengangguk dengan laju

"Kalau macam tu, aku nak kau sentiasa hantar makanan kat pejabat aku. jangan risau aku bayar bukannya aku minta free. Aku tak terima perkataan tak setuju" ucap Haufan bersahaja tanpa memandang wajah Aira.

"Pejabat Encik Haufan kat mana?  Nak kena hantar makanan apa?  Sampai bila saya kena hantar makanan kat pejabat Encik Haufan? " soal Aira bertubi-tubi.

"Woah relax girl...  Nampak tak bangunan depan tu, tu syarikat aku" jari Haufan lurus menujukkan bangunan syarikatnya yang berhadapan cafe Aira.

Aira pun mengangguk faham. Dia tidak menyangka bahawa lelaki yang berada di hadapannya ini merupakan salah seorang pekerja di syarikat yang terkenal itu.

"Pasal makanan yang kau kena hantar tu jangan risau, aku akan whatsapp kau so give me your number" Haufan pun menghulurkan IPhone 11pro ke arah Aira. Aira pun menyambut huluran telefon dan segera memberi number telefonnya.

"Sampai bila tu aku tak decide lagi tapi mungkin sampai aku puas hati mungkin"

"Kalau macam tu baiklah.. Saya setuju " ucap Aira sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda dia bersetuju.  Haufan pun segera menyambut huluran tangan Aira dengan mukanya yang dingin.

*******************************************

H.H Tech...

"Kau pergi mana Haufan? " soal Rizqin yang melihat kelibat Haufan yang baru sahaja tiba di pejabatnya.

"Aku pergi lunch la, tak kan la aku pergi berjoli siang-siang macam ni" ujar Haufan

"Ye aku tau, tapi tak pernah-pernah kau keluar pergi lunch. Ke kau pergi jumpa dia? " soal Rizqin.

Haufan hanya tersenyum sinis ke arah Rizqin.

"Nampaknya kau dah mula rapat dengan dia. Maknanya kau memang serius suka kan Aira tu" ucap Rizqin

"Pernah ke nampak aku tak serius.. Apa aku nak mesti akan jadi milik aku" ucap Haufan keras.

"Okay aku faham. Aku datang sini cuma nak beritahu kau yang lagi 2 jam family kau nak sampai airport, jadi kau nak pergi jemput family kau tak?" soal Rizqin

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now