BAB 28

26.5K 1.2K 18
                                    


Selesai sahaja solat dan mandi, Aira terus sahaja turun untuk membantu mamanya menyediakan sarapan di dapur. Nampaknya makanan sudah terhidang di atas meja. Aira pun terus sahaja menuju ke dapur untuk melihat mamanya.

"Morning mama... " sapa Aira sambil memeluk Puan Amina

"Morning juga princess mama, awal Aira bangun tak penat ke semalam. Haufan mana?" soal Puan Amina

"Penat juga mama.. Ni mama nak masak apa lagi? "Soal Aira pula

"Mama ingat nak buat mushroom soup dengan garlic bread, tapi dah alang-alang Aira ada ni, biar professional je la masak" ucap mama sambil tergelak kecil

"Ehh mama ni.... Masakan mama pun sedap apa, meh Aira masakkan mama pergi la panggil diorang turun makan" Aira pun segera mengambil alih dapur.

Beberapa minit kemudian Aira selesai menyediakan mushroom soup, ketika dia mahu menghidangkan, kelihatan Haufan sedang menuruni anak tangga bersama Azriq. Mereka berdua pun mengambil tempat duduk di meja makan sementara menunggu yang lain turun.

Setelah selesai breakfast, Haufan meminta izin untuk membawa Aira ke rumah keluarganya.

*******************************************

Rumah Keluarga Haufan...

"Menantu mama!! " ucap Puan Afia teruja apabila melihat Haufan dan Aira tiba di rumah mereka. Aira yang berada di sebelah Haufan itu di peluk dengan erat sekali oleh Puan Afia.

"Meh masuk... Papa ada hadiah untuk kamu berdua" ajak Puan Afia. Aira terus sahaja di tarik oleh Puan Afia meninggalkan Haufan keseorangan di luar.

"Ada menantu, anak sendiri dilupakan " ujar Haufan sambil melangkah masuk ke rumahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apabila Haufan masuk, kelihatan Aira sedang duduk di sebelah mamanya sambil berborak-borak mesra, jelas kelihatan bahawa Aira sudah tidak kekok dengan keluarganya.

"Ma.. Pa mana?" soal Haufan yang melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Aira.

"Ada dalam bilik bacaan dia,kejap lagi papa turun la tu"beritahu Puan Afia. Tidak lama selepas itu, Encik Hanz pun muncul.

"Ada apa papa nak jumpa kitaorang berdua? " soal Haufan

" yé ye (datuk) dengan nǎi nai (nenek) kamu rindu sangat kat kamu... Diorang teringin nak jumpa isteri kamu tapi diorang tak dapat nak datang sini" jelas Encik Hanz

"Diorang harap kamu boleh la datang sana dengan Aira"

"Haufan okay je... " kata-kata Haufan tergantung namun matanya terus melirik ke arah Aira.

"Aaa err saya? Kita nak pergi mana? Jumpa siapa? " soal Aira bertalu-talu

"Macam ni Aira, nenek dengan atok Haufan nak sangat jumpa kamu, jadi diorang harap kamu berdua dapat la jenguk mereka kat sana" Puan Afia terus sahaja menjelaskan kepada Aira.

" Aira ikut je Haufan, kalau dia pergi Aira pergi je"

"Baguslah, jangan risau tak perlu beli tiket kapal terbang, naik je pesawat peribadi keluarga kita"

" Bié wàngle dài shàng nǐ de nánrén yīcì ( jangan lupa bawa anak buah kamu sekali)" pesan Encik Hanz juga kerana sudah pasti ramai musuh mereka yang berada di sana jadi dia mesti memastikan keselamatan anak dan menantunya selamat.

Aira kelihatan sangat bingung kerana tidak faham apa yang di cakapkan oleh bapa mentuanya. Puan Afia yang melihat menantunya kebingungan itu terus sahaja mengajaknya ke dapur untuk menemaninya membancuh air.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now