BAB 24

24K 1.1K 49
                                    


"Kita nak pergi mana?" soal Aira yang cuba menyaingi langkah Haufan.

"Makan"  soalan yang di tanya oleh Aira hanya di balas sepatah sahaja daripada Haufan.

"Huh susah sangat ke nak bercakap" omel Aira perlahan, lalu dia pun mengikut Haufan menuju ke Food Court berdekatan.

Aira duduk berhadapan dengan Haufan, kelihatan Haufan mengorder makanan chinese iaitu Dimsum,  Mi kari dan Takoyaki.

"Banyaknya awak order... " luah Aira sambil memandang makanan tersebut dengan teruja.

"Makan je la, aku tau kau lapar" ujar Haufan lalu mengambil chopstick dan terus memakan makanan tersebut. Aira pun mengangguk dan mencuba makanan tersebut.

"Emm kita datang sini beli cincin je ke? " soal Aira. Haufan hanya memandang Aira sambil mengangkat keningnya.

"Err tak.. Maksud saya baju nikah baju kahwin?  Tak kan la awak dah beli kan hahaha"  Aira pun cuba gelak untuk menghilangkan rasa kekoknya.

"Dah.. Apa masalahnya? "

"Err biar betul?  Tak kan la awak tau err..emm" Aira seakan-akan tergagap untuk bertanya kepada Haufan

"Err...emm apa?!! " soal Haufan dengan pandangan yang tajam.

"Saiz!  Takkan la awak tau saiz saya!  " ujar Aira malu. Pipinya sudah mula kemerah-merahan. Haufan hanya tersenyum sinis mendengar soalan daripada Aira.

"Aku tengok kau je, aku tau saiz berapa" ucap Haufan sambil memandang Aira atas bawah.

"Eeiii pervert !!!" jerit Aira lalu meninggalkan Haufan di kedai tersebut. Haufan hanya tergelak kecil melihat Aira marah. Dia pun segera membayar makanan dan mengejar Aira.

*******************************************

Hanan di tolak masuk dengan kuat oleh mak tirinya, Zila ke dalam kereta. Hanan meronta-ronta untuk melepaskan diri namun tidak berhasil kerana teman lelaki Zila telah menglock pintu kereta.

"Tolong!  Tolong la lepaskan Hanan, Hanan tak nak ibu"  rayu Hanan dengan air mata yang berlinang.

"Kau tak payah nak menangis la... Menangis la air mata darah pun aku takkan lepaskan kau baik kau ikut je cakap aku" ugut Zila

"You, jom gerak " pinta Zila kepada teman lelakinya itu iaitu Joe. Joe hanya tersenyum sinis melihat Hanan yang menangis di kerusi belakang.

"Ayah.. Tolong Hanan" rintih Hanan di dalam hatinya

Beberapa minit kemudian mereka pun tiba di hadapan rumah Zila. Hanan diseret oleh Joe untuk masuk ke dalam rumah kemudian di campak masuk ke dalam biliknya. Kemudian bilik tersebut dikunci olehnya agar Hanan tidak dapat melarikan diri.

"Ibu!!  Kenapa kunci Hanan dalam bilik!!  Lepaskan Hanan ibu!!! " jerit Hanan sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik agar Zila melepaskannya.

"Kau duduk je dalam bilik tu, nanti malam baru kau boleh keluar. Kau jangan buat hal nak lari ye! " jerit Zila pula
.
.
.
.
.
.
.

Malam itu...

"Woii!  Bangun!! Baik kau bersiap cepat pakai baju yang ada dalam almari tu" Zila mengejutkan Hanan yang sedang lena tidur itu.

"Ha?  Kenapa ibu?  " soal Hanan yang masih mamai. Zila yang berasa geram terus sahaja menarik telinga Hanan sehingga Hanan menjerit kesakitan

"Aku cakap bangun tu bangun je la degil sangat kenapa!! " marah Zila kemudian dia menolak Hanan masuk ke dalam bilik air.

"Aku bagi kau masa 30 minit je bersiap, kalau aku naik tengok kau tak siap lagi memang nahas aku kerjakan faham! " jerkah Zila. Hanan pun segera masuk ke dalam bilik.

You're My Stella ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt