BAB 65

23.5K 1.1K 74
                                    

Hambar and pendek sikit chapter ni sebab kekurangan idea hope korang enjoy juga okay!

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak ye 🥰

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Hari yang mereka nantikan juga sudah tiba. Aira sudah pun bersiap sedia untuk menjalankan rancangan tersebut. Walaupun dia berasa sedikit takut namun dia tetap mahu meneruskannya.

Haufan telah pun meletakkan alat pengesan pada telefon bimbit Aira supaya memudahkan mereka untuk mencari lokasi Aira. Sempat Haufan menelefon Aira agar berhati-hati dan ikut sahaja apa yang dirancangkan oleh mereka.

"Kau hati-hati faham tak... Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau" pesan Haufan

"Jaga diri kau dan babies kita... Aku sayang kau!" ujar Haufan lalu panggilan telefon itu pun di tamatkan. Kevin yang berada di sebelahnya itu hanya memerhati Haufan lalu tergelak.

"Kau ni tak sweet la fan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau ni tak sweet la fan... Kalau aku jadi kau la kan aku panggil Aira dengan panggilan yang sweet baru la romantik" selamba Kevin mengutuk Haufan. Dia tidak pernah serik untuk cari pasal dengan Haufan.

"Apa kau cakap?!" soal Haufan dengan nada geram. Sibuk sahaja Kevin ini getus hati Haufan.

"Tak la... Aku cuma cakap je, lagipun kita kena hargai perempuan jadi kita kena la tunjuk kasih sayang kita" ujar Kevin yang kononnya banyak pengalaman. Acah sahaja si Kevin ni.

"Suka hati aku lah, wife aku bukan wife kau!" ujar Haufan dengan kasar

"Kau ni acah je lebih" sampuk Ayan yang berada tidak jauh dari mereka berdua.

"Hidup single juga!" ejek Ayan lagi

"Kau ni memang kan! Ada je yang tak puas hati dengan aku eiii sini kau!" marah Kevin lalu ingin mengejar Ayan

"Buuuu single!!! HAHAHAHA!" ejek Ayan sambil menjelirkan lidah lalu melarikan diri.

"Aku tak suruh korang main!!! Siapkan senjata cepat!!" jerit Haufan

Kali ini mereka akan menghadap musuh tanpa membawa anak buah mereka. Mereka berlima sendiri yang akan turun padang untuk menghadap Zarif.

"Aku akan pastikan, kau mati! Berani sungguh cari pasal dengan keluarga aku!" tekad Haufan sambil mengepal penumbuknya.










---------------------------------------------










Paradise Mall...

"Aira yakin ke dengan semua ni, kitaorang risau la" ujar Haq yang berasa ragu-ragu untuk meninggalkan Aira berseorangan di mall itu. Dia juga perasan akan ada orang yang asyik mengekori mereka dari tadi.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now