BAB 12

26.8K 1.3K 79
                                    


Aira kelihatan begitu anggun dengan pakaian pengantinnya itu. Dia sedang duduk bersimpuh di sisi mamanya. Dia bagaikan tidak percaya bahawa dirinya akan diijabkabulkan hari ini tetapi siapakah pengantin lelaki tersebut.

Dia tidak dapat melihat siapakah gerangan bakal suaminya itu, kerana pengantin lelaki tersebut duduk mengadap papanya, Dato Rizqi.

Dato Rizqi pun segera berjabat tangan dengan pengantin lelaki tersebut, kelihatan acara tersebut akan di jalankan. Aira berpeluh-peluh menahan debaran di dadanya. Dia menggenggam hujung baju pengantin untuk menghilangkan debarannya.

"Kita mulakan ye,  bismillah aku nikahkan engkau dengan anakku Nur Aira Medina Binti Mohd Rizqi dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai" akad nikah tersebut dilafaz oleh Encik Rizqi

"Aku terima nikahnya Nur Aira Medina Binti Mohd Rizqi dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai" ucap pengantin lelaki itu dengan sekali lafaz sahaja. Oleh itu, secara sahnya Aira telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

"Hm kenapa suara pengantin lelaki tu macam familiar ye? " soal Aira di dalam hatinya.

Selesai sahaja upacara tersebut, pengantin lelaki terus sahaja membaca lafaz taklik dan seterusnya menjalankan upacara pembatalan air sembahyang.

Pengantin lelaki tesebut terus sahaja berjalan menuju ke arah Aira, namun Aira tidak dapat melihat disebabkan oleh pancaran matahari yang menyilaukan. Apabila pengantin lelaki itu tiba di hadapan Aira lalu menyentuh lembut tangan Aira, dia sungguh terkejut.

"En.. Encik Haufan! " ujar Aira terkejut melihat gerangan bakal suaminya itu dan

Buk!

Aira terjatuh daripada katilnya, lalu tersedar daripada mimipinya itu.

"Adoi!  Sakitnya " ujar Aira sambil menggosok punggungnya yang sakit itu.

"Mimpi rupanya.. Nasib baik mimpi tapi kenapa mesti mimipikan dia arghh tak suka la" ujar Aira sambil menepuk-nepuk kedua-dua pipinya.

"Baik aku pergi mandi" tuala di ampaian itu di tarik oleh Aira lalu dia pun menuju ke bilik air di dalam biliknya.

*******************************************

Markas Black Blood...

"Weh Nathan dah settlekan markas kita yang dekat China and Itali tu, so dia akan bertolak balik Malaysia minggu ni" ujar Kevin bersemangat

"Akhirnya member kita pulang ke pangkuan kita semula setelah berbulan-bulan kita berpisah" ujar Kevin sambil berpura-pura menangis di hadapan Ayan dan Rizqin.

Oh ya, Nathan merupakan salah satu orang kanan Haufan juga akan tetapi dia sibuk menguruskan senjata di markas mereka yang berada di Itali dan China. Dia merupakan teman baik kepada Haufan, kerana mereka berkenalan semasa Haufan menyambung pelajaran di Itali dahulu.

"Kau jangan nak buat drama bodoh la kat sini " ucap Rizqin dengan dingin.

"Huh kau ni pun sama je macam Haufan tak boleh nak chill rilek la hidup ni kena ada warna warni juga, gelak tawa bukan muka ketat 24 jam" bebel Kevin

Rizqin yang malas mendengar bebelan daripada Kevin itu terus sahaja keluar daripada bilik tersebut. Dia hanya meninggalkan Kevin dan Ayan yang terpinga-pinga di dalam bilik tersebut.

"Hoiii!!  Kau nak pergi mana haa!!  Aku tak habis cakap lagi ni" jerit Kevin

"Bla la, malas aku layan orang macam kau" ujar Rizqin selamba lalu mengambil kunci keretanya.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now