BAB 4

30K 1.6K 119
                                    


Keesokan harinya...

Awal-awal pagi lagi Aira sudah berada di cafenya. Kelihatan Aira sedang duduk di bahagian kaunter sambil mengambil order pelanggannya.

Hari ini hanya Aryan yang menemani Aira di cafe kerana dia sudah menamatkan pengajian di IPTS, sementara menunggu pekerjaan dia membantu Aira di cafe.

    "Ye, selamat datang makan sini ke take away? "  Soal Aira ramah terhadap pelanggan-pelanggan.

Kelihatan Kevin memasuki Cafe Lovely dengan berkaca mata hitam dan bergaya. Kesemua mata para wanita di cafe itu tertumpu ke arah Kevin.

    "Weh! Hensemnya lelaki tu" ucap seoarang wanita yang berada tidak jauh daripada kedudukan Kevin kepada rakannya.

Kevin yang mendengar pujian tersebut hanya tersenyum lalu mengeyit mata kepada wanita tersebut. Setibanya Kevin dia di bahagian kaunter dia terpegun melihat Aira.

"Selamat datang, Encik nak makan sini ke take away? " soal Aira.

"Saya nak take away awak dari sini boleh" gurau Kevin sambil tersenyum gatal

Aira  mengerutkan dahinya  tetapi  masih lagi tersenyum kepada Kevin kerana dia sangat menghormati pelanggannya.

"Hihihi saya gurau je, saya nak take away 2 americano ais dengan 2 chocolate frappe. Tapi saya nak kurang manis ye"

"Baiklah, Encik boleh tunggu dulu ye dalam masa 10 minit saya hantar ye" kata Aira.

10 minit kemudian...

"Encik, ini pesanan Encik" Aira pun menghulurkan pesanan Kevin.

"Terima kasih, si cantik" ujar Kevin sambil mengenyitkan matanya

Tiba-tiba sahaja kepala Kevin diketuk dengan senduk daripada belakang.

"Arghhh adoi! Siapa pula yang ketuk kepala aku yang hensem ni" adu Kevin

"Hensem kepala hotak kau!  Berani ye kau mengorat adik aku. Kau memang nak kena sula eh" ujar Aryan sambil menjegilkan matanya

"Ehhhh angah!  Jangan la pukul pelanggan adik" ucap Aira lalu menghalang Azeen daripada memukul Kevin lagi.

Aira pun segera menarik Kevin agar segera keluar dari cafenya.

"Ahh Encik maafkan abang saya ye. Dia memang macam tu" pinta Aira sambil membongkokkan sedikit badannya.

"Err takpe, salah saya juga sebab mengorat anak dara orang. Kalau kawan saya tau lagi teruk saya kena hahahah. Okay la saya gerak dulu terima kasih ye cik-

"Aira, panggil saya Aira je saya owner cafe ni. Lain kali awak datang saya bagi discount atas kesilapan abang saya tu"

" Wah! Cantik! Okay bye Aira" Kevin pun segera meninggalkan cafe tersebut.

*******************************************

Di H.H Tech...

"Lama sial kau pergi beli air, kau beli air ke kau buat air kat sana haa"  ucap Ayan sebaik sahaja dia melihat Kevin melangkah masuk ke dalam pejabat Haufan.

"Kau mensialkan aku ye tak guna, jangan harap aku nak bagi air kau" marah Kevin.

"Alahhh kau ni pun aku gurau.. Ala bucuk-bucuk meh sini nak cium meh" Ayan pun mendekati Kevin sambil memucungkan mulutnya.

"Geli bodoh!  Aku bukan gay la! Ambik la air kau ni" jerit Kevin yang cuba mengelakkan diri daripada Ayan.

Ayan menyambut huluran tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now