BAB 52

23.5K 1.1K 65
                                    


'Song: ♪I Yearn For Us-Ivyan♪'

Hope readers sekalian enjoy okay! Jangan lupa vote and comment 💛

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Haufan mencari Aira di setiap bilik yang berada di dalam rumah tersebut. Kesemua pintu bilik di buka oleh Haufan untuk mencari keberadaan isterinya, Aira. Di dalam hatinya berharap agar Aira dalam keadaan yang selamat.

Dalam keadaan tidak sihat, Haufan tetap gagahkan diri untuk menyelamatkan Aira. Sampai sahaja di hadapan bilik yang terakhir itu dia berdoa agar Aira ada di dalam bilik tersebut. Tanpa buang masa terus sahaja Haufan memulas tombol pintu bilik tersebut.

Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka, kelihatan Aira sedang berbaring di atas katil tersebut dengan keadaan tangan dan kakinya yang berikat. Aira kelihatan takut-takut apabila mendengar pintu tersebut di buka.

Haufan dengan pantas mendekati isterinya dan memeluknya dengan erat sekali. Aira menangis di dalam pelukan Haufan, dia sungguh takut. Dahi Aira di cium berkali-kali agar dapat menenangkan isterinya yang sedang ketakutkan itu.

"Shush!  Aku ada ni jangan risau" pujuk Haufan lembut sambil mencium dahi Aira. Kemudian mata Haufan tertancap pada kesan torehan yang berada di pergelangan tangan Aira.

"Tak guna!" carut Haufan perlahan

Haufan pun segera meleraikan ikatan tangan dan kaki Aira. Sebaik sahaja ikatan tersebut di lepaskan Aira terus sahaja memeluk Haufan dengan erat, di hamburkan tangisannya di bahu Haufan.

"Saya minta maaf... Saya salah..." ujar Aira tersedu-sedu bersama tangisannya.

"Yang penting sekarang ni, kau selamat" pujuk Haufan.

"Jom kita keluar dari sini, kawan-kawan aku semua dekat bawah"

Haufan pun segera menarik Aira agar mengikuti langkahnya. Mereka harus cepat keluar dari rumah tersebut.






----------------------------------------






Sebaik sahaja Haufan dan Aira turun, mereka melihat kesemua anak buah Hadif sudah pun tewas. Kemudian matanya tertancap kepada sebuah figura yang sedang terbaring di atas simen itu.

Apabila mereka mendekatinya kelihatan Rizqin sedang terbaring lemah dengan kepalanya berdarah.

"Apa dah jadi?!!" soal Haufan tegas

"Salah seorang anak buah Hadif serang hendap Rizqin daripada bekalang. Dia pukul kepala Rizqin dengan kayu" beritahu Kevin

"Kitaorang dah call ambulan, tak lama lagi sampai la" ujar Nathan pula

"Aku okay!  Sikit je ni"ujar Rizqin lemah

Aira yang melihat Rizqin terbaring itu terus sahaja mengalirkan air matanya semula, dia merasa bersalah kalau bukan disebabkannya pasti semua ini takkan berlaku.

"Maaf" ujar Aira perlahan sambil memandang Rizqin dengan linangan air mata. Rizqin hanya menggeleng perlahan tanda dia okay.

You're My Stella ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon