BAB 44

24.7K 1.1K 27
                                    


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Hanan yang baru sahaja selesai kelas tambahan itu ternampak kereta Toyota Corolla Altis silver milik Rizqin elok terparkir di hadapan tempat menunggu sekolahnya. Rasanya dia tidak pernah menyuruh Rizqin menjemputnya pulang.

Hanan pun segera berlari menuju ke arah kereta Rizqin. Disebabkan tingkap keretanya gelap jadi dia terpaksa mengetuknya dahulu.

(Toyota Corolla Altis)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Toyota Corolla Altis)

Tingkap kereta pun diturunkan dan kelihatanlah Rizqin dengan berkemeja memakai cermin mata hitam memandang Hanan.

"Awak buat apa kat sini? " soal Hanan pelik

"Aku datang nak jemput kau la budak... Salah ke?" soal Rizqin kembali sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Tak salah tapi saya tak suruh pun awak datang jemput " ujar Hanan lagi. Kemudian kedengaran Rizqin mengeluh kasar

"Masuk je lah budak... Penat aku datang jemput kau" arah Rizqin. Hanan yang mendengar kata-kata Rizqin itu terus sahaja berlari ke arah tempat duduk penumpang.

"Maaf" perkataan itu terus sahaja keluar dari mulut Hanan sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta Toyota Rizqin.

"Sudah-sudahlah minta maaf tu, aku tak marah kau pun" balas Rizqin lembut dan mereka pun memulakan perjalanan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cafe Lovely...

"Jom minum-minum dulu" pelawa Rizqin lalu keluar daripada kereta bersama-sama Hanan memasuki cafe milik Aira.

"Comelnya cafe ni!! " bisik Hanan yang melihat dekorasi cafe milik Aira itu lalu duduk di kerusinya.

"Kau suka? Ni cafe milik wife boss aku" beritahu Rizqin lalu melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Hanan.

"Boss? Boss awak pembunuh juga? " soalan itu tiba-tiba sahaja terpacul daripada mulut Hanan.

Rizqin hanya tersenyum kecil.

"Mesti kau takut kan sebab aku ni pembunuh" ujar Rizqin

"Pembunuh pun manusia biasa juga" ujar Hanan perlahan namun Rizqin masih dapat mendengarinya.

Rizqin tergelak kecil mendengar kata-kata Hanan.

"Hahah ye, betul la apa kau cakap. Aku bukan bunuh orang sembarangan" ucap Rizqin lagi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia memberitahu budak di hadapan dia tentang pekerjaan dia.

You're My Stella ✔Where stories live. Discover now