Prologue

467 59 19
                                    

Siapa percaya kewujudan pencinta sejati? Aku tak percaya langsung sebab aku cuma percayakan pencinta kucing.

Tapi itu sebelum aku jumpa dengan satu homosapien ini. Semuanya bermula bila aku pindah ke sekolah baharu. Aku tertampar satu senior di sekolah, sebab satu salah faham yang memalukan diri aku sendiri.

Sejak dari waktu itu, aku mulai kenali dia. Dia tak sukakan kucing tetapi dia masuk dalam kategori pencinta sejati.

Hm, mungkin??

***

“Nama aku Jeon Jungkook, tapi boleh panggil aku Romeo.”

“Kenapa pula Romeo?”

“Sebab kau Juliet.”

“Tapi nama saya bukan Juliet.”

“Oh iya? Aku fikirkan nama kau adalah Juliet. Sebab setiap kali melihat kau, aku rasakan seperti bertemu cinta sejati aku.”

“Klise.”

“Mahu jadi Juliet aku?”

“Tak, terima kasih.”

***

Semua berubah indah dan menggembirakan setelah bertemu dengannya. Tapi pengakhiran Romeo dan Juliet, bukan dengan kebahagiaan.

ROMEO.

***

notes : ff ni mempunyai vibes school love story. siapa pernah nonton dilan? saya inspirasikan dari cerita itu. so basically, ff ni lebih kepada cinta monyet? saya memang failed sikit bab intro/prolog ni, but saya sudah rancang plot utk ff ini akan ada sampai tiga siri rasanya kalau diberikan semangat dan idea yang mencurah-curah, Inshaa Allah. saya harapkan sokongan dari anda yang sudi menjenguk dan membaca. thanks for reading ♡♡♡

so. . . . shud i continue?

[DC] Romeo : Our First MetDonde viven las historias. Descúbrelo ahora