24

99 24 2
                                    

Baru sahaja aku mahu melangkah masuk ke dalam rumah bila terlihat aunty sedang berdiri di muka pintu dengan wajah yang berkerut. Dia memerhati ke arah belakang badan Jungkook yang berjalan semakin jauh. Aku pandang wajah aunty dengan belakang Jungkook bersilih ganti, sehinggalah pandangannya teralih pada aku.

“Han dihantar pulang oleh budak lelaki itu tadi?” soalan ditujukan buat aku. Ekspresi muka aunty seakan-akan tidak suka jadi aku rasa ragu-ragu untuk menjawab.

Kepala diangguk janggal. “Jungkook? Iya, dia tu kawan sekolah Han. Dia offer temankan Han pulang sebab dah lewat. Aunty kenal dia?”

Aunty mencebik sinis sebelum menyilang tangan ke dada. Dia berjalan mendekati aku. “Siapa aje yang tak kenal Han, oi. Rasanya satu Busan ni kenal budak Jeon Jungkook tu. Dia dengan gang motornya, anjing gila.”

“Anjing gila?” aku terkejut bila aunty menyebutkan mereka begitu. Kening aku bertaut.

“Iyalah. Nama gang mereka kan, Maddog entah apa. Bukankah maksud dia anjing gila? Sesuai sangatlah dengan perangai mereka yang suka tunjuk samseng sana sini. Hampir semua sekolah yang ada dalam Busan ni musuh mereka. Polis-polis penjara tu pun dah cukup kenal dengan muka-muka diaorang sebab dah banyak kali tertangkap bergaduh.” bebel aunty panjang lebar. Dari nada suaranya sudah cukup tergambar perasaan menyampahnya, apatah lagi dari reaksinya.

Aku terkelu, kematian kata-kata. Tidak tahu hendak beri respon seperti apa. Aku tak sangka gang permotoran Jungkook sampai begitu sekali, dan patutlah susah sangat dia buat janji untuk tidak bergaduh tadi. Jadi yang dia hilang lama tempoh hari sebab pergi bergaduh atau apa?

“Han,” aunty tepuk bahu aku agak kuat, sekaligus menampar jauh-jauh lamunan aku. Aku menoleh pandang wajah aunty yang serius. “Han hati-hati dengan budak-budak tu. Kalau boleh jangan rapat sangat dengan budak Jungkook tu eh.”

Aku angguk. Kekok. “Iya, aunty.”

*****

[DC] Romeo : Our First MetHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin