20

141 27 3
                                    

Setiba sahaja aku di tingkat paling atas, rooftop sekolah, mata diliarkan ke sana sini untuk mencari kelibat Jungkook di mana. Lalu pandangan aku tertancap pada belakang badannya yang sedang menghadap pemandangan padang sekolah di bawah. Perlahan aku berjalan menghampiri dia, tidak mahu dia tahu kedatangan aku.

Aku menahan sengihan. Bila aku sudah berada betul-betul di belakangnya, bahunya aku tepuk dengan kuat sambil aku menjerit kecil.

“Woi! Shi—” dia terjerit kuat, mengeraskan badan bila dia berpaling untuk memandang aku. Mukanya yang cuak buat aku tertawa. “Aku hampir mencarut tadi.”

Aku mengecilkan mata, memberikan pandangan yang menggerunkan. Kononlah. Tapi tak tahu berhasil atau tidak sebab dia sedang mentertawakan aku sekarang. “Cubalah mencarut depan saya, kalau berani.”

“Tengok situasi dulu. Patutkah aku tunjuk berani atau tidak. Barulah aku akan pertimbangkan untuk mencarut.”

Mata digulingkan ke atas menandakan yang aku menyampah dengan alasannya. Tangan aku lipat di dada bila aku melihat ke terus ke anak matanya. “Ada apa awak minta saya datang ke mari? Cakap cepat sikit. Saya perlu pulang segera, bantu ibu di kafe.”

Seterusnya, kelihatan dia tersengih-sengih menahan senyumannya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar bila dia meluruskan badan dengan bangganya. Angin sepoi yang menyerbu menerbangkan rambutnya di dahi sehingga tertutup sedikit mata. Dan entah mengapa, detakkan jantung aku melonjak sedikit melihatkan keindahan makhluk tuhan ini.

“Aku ada satu pengumuman.”

“Pengumuman?”

“Iya,” dia angguk, lalu segaris senyuman manis dia ukirkan buat aku. “Mulai kelmarin pagi, aku sudah mencintai kau.”

Aku terdiam sejenak. Merasakan hangat menyerbu ke seluruh muka aku. Tidak tahu harus bereaksi seperti apa. Aku berdehem dengan janggal. “Urm. . .T-tapi kelmarin pagi bukan awak cakap yang sebaliknya ke?”

“Aku baru menyedarinya setelah itu.”

“Tapi, saya tak ada perasaan itu pada awak.”

“Selagi kau masih tidak mencintai mana-mana lelaki lain, aku masih boleh menerimanya. Biar aku sahaja yang memiliki perasaan ini terhadap kau buat masa sekarang. Aku sanggup menunggu.”

Ini bukan pengumuman, tapi luahan. Duhai jantung, berhenti berdisko.

*****

ff ini akan diupdate setiap hari sabtu atau ahad. Inshaa Allah kalau mood elok. idc tentang vote, yang penting masih ada yg sudi baca saya punya story.

thank you so much ♥

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now