3

195 40 4
                                    

Selepas meniup perlahan sikunya yang sedikit calar luka, bandage yang sudah tersedia terus aku lekapkan pada lukanya dengan berhati-hati. Kedengaran Hyunjin mengeluh perlahan. Mana taknya dia kesakitan, sudah luka lebam biru lagi. Tengok sahaja aku pun turut rasa ngilu.

“Okay dah siap. Masih sakit lagi tak?”

Hyunjin tersengih. Lengan bajunya ditarik turun semula. “Tak sakit sangat pun. Boleh tahanlah.”

Aku mencebik sinis. Kata tak sakit, tapi tadi waktu aku sapu ubat meringis sakit juga. “Iyalah tu.”

Aku mengemas semula kotak first-aid-kit sebelum meletakkannya ke tempat asal, tapi deria pendengaran aku terfokus pada perbualan Hyunjin dengan Jisoo tentang budak-budak lelaki yang merempuh Hyunjin tadi. Jadi ingin tahu pula siapa budak lelaki yang tengok aku semacam itu.

“Oh, rupanya mereka berdua itu yang rempuh kau. Patutlah terbang! Yang langgar pun atlet, kau ni apa saja. Kertas, oh paling teruk, kapas je Hyunjin oi.”

Aku tertawa kecil mendengar seloroh Jisoo. Mata aku sempat mengerling dia yang sudah ketawa terbahak-bahak membahan Hyunjin.

“Kau dari berak kan? Sudah cuci tangan belum? Bau tahi.” Ujar Hyunjin, melancarkan serang balas.

Jisoo mencebirkan bibir, mengejek. “Cakap jelah yang kau masih tak puas hati dengan senior tu, sebab dia rosakkan imej kumpulan debat kau haritu kan.”

“Tak ada kena mengenalah.”

Aku menyungging senyuman. Bila mata aku bertembung dengan Jisoo, aku berikan isyarat supaya dia berhenti menyakat Hyunjin lebih-lebih. Muka Hyunjin pun sudah berubah habis bila Jisoo makin panaskan suasana yang aku jangkakan memang Hyunjin tidak berapa baik dengan lelaki senior yang mereka bicarakan.

“Dahlah tu, makin menjadi-jadi isu kamu berdua ni. Senior itu sudah meminta maaf juga, jadi tiada masalah.”

Dan dengan itu, Jisoo tersembur liur dengan ekspresi wajahnya seakan terkejut dengan penjelasan aku. Muka Hyunjin dengan Jisoo aku pandang bersilih ganti. Memangnya kenapa?

“Gila! Seriuslah dia minta maaf?! Kena sampuk malaikat ke apa?”

Hyunjin membuat muka menyampah sambil menjungkit bahu. “Entah.”

Teruk sangatkah lelaki tu?

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now