1

324 48 2
                                    

Mata aku terbuka seluasnya mengagumi bangunan besar yang berada di depan mata aku sekarang. Bagaikan mimpi jadi realiti. Meskipun hanya untuk dua tahun yang terakhir, aku bersyukur sebab dapat juga masuk sekolah ni. Impian terbesar aku dan juga impian ibu.

Inilah dia, saatnya!

Aku baru sahaja ingin melangkah ke hadapan apabila sebuah motosikal yang kuat bunyi derumannya dari kejauhan meluncur laju dan tiba-tiba berhenti betul-betul di depan aku. Aku terundur ke belakang sedikit sebab terkejut.

Penunggang motor ini menoleh memandang aku. Tapi malang sekali aku cuma dapat lihat pantulan diri sendiri dari cermin gelap helmet yang menakup di atas kepalanya. Beberapa pelajar lain yang lalu berdekatan juga turut memandang-mandang ke mari sambil berbisik antara satu sama lain.

Aku terus kerutkan dahi, berasa hairan.

Jangan cakap yang penunggang ini guru sekolah sudah. Patutkah aku tunduk hormat sekarang?

Tapi tak lama kemudian tanpa berkata apa-apa, dia terus berlalu pergi semula sambil menarik kuat enjin motosikalnya yang  langsung membingitkan telinga. Menyampah pula aku jadinya. Kalau cikgu takkanlah lagaknya begini, kan?

Ah, pedulikan sahaja Han.

Mungkin orang itu nak tunjuk samseng sikit. Eleh.

Mengabaikan penunggang sesat tadi, aku terus bergegas ke pejabat guru. Aku sudah tidak sabar mahu merasa belajar di sekolah baru ni. Yeah!

[DC] Romeo : Our First MetOnde histórias criam vida. Descubra agora