16

114 26 0
                                    

Termasuk hari ini, sudah dua hari aku tidak berjumpa dengan Jungkook. Nampak batang hidung dia di sekolah pun tak ada. Aku rasa macam lost contact dengan dia, bila dia berhenti ganggu hari-hari aku seperti selalu. Dia bukan gangguan yang mengganggu, tetapi lebih kepada gangguan yang menyenangkan. Mengerti, kan?

Ugh, apa aku cakap ni.

Bila sudah sering bertemu dengan seseorang itu, sekali dia menghilang rasa canggung juga. Tercari-cari. Di mana dia, apa yang dia buat, kenapa dia tak datang sekolah? Dan kenapa dia tak jumpa aku lagi? Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku. Disebabkan itu, perasaan ingin tahu aku melonjak naik.

Jadi bila sahaja loceng berdering menandakan waktu rehat tiba, seperti biasa rutin harian Jisoo pasti akan kelam kabut ke kantin untuk rebut meja berdekatan Senior Jimin. Kali ini, aku juga agak teruja sedikit untuk ke sana sebab iya, manatahu dia ada. Ataupun bolehlah aku tanya pada Senior Jimin kepastian.

Ke mana sebenarnya dia.

Sampai di kantin, selepas membeli makanan untuk isi perut, aku dengan Jisoo tergesa-gesa mahu mengambil meja melihatkan sudah ada beberapa pelajar yang beratur. Sampaikan aku terlanggar belakang badan seseorang. Dan yang lagi malangnya, makanan dia terjatuh ke lantai.

Aku tergamam.

Aku terkaku bila dia seperti ketakutan mencuba mengutip beberapa bun yang boleh diselamatkan. Dan tidak lama selepas itu, kolar bajunya ditarik dengan kasar dari belakang oleh salah satu pelajar lelaki yang baru sahaja berjalan ke mari.

“Apa yang kau cuai sangat ni hah?! Kau memang saja nak bagi aku makan bekas dari lantai?! Hah!!” tempelak nyaring itu bergema membuatkan pelajar yang lain terdiam. Senyap suasana.

Sungguh, aku terkejut.

Sebab aku rasa serba salah, aku maju setapak sambil mengangkat tangan. Liur yang ditelan rasa berpasir. Aku dapat rasakan Jisoo genggam lengan aku makin erat. “S-saya yang tak sengaja terlanggar dia. Saya minta maaf, s-saya akan gantikan makanan awak.”

Pelajar lelaki bertag nama Oh Jeong Taek tadi lantas mendecit. Dia menolak dinding dalam pipinya menggunakan lidah, matanya tajam menikam bila dia berjalan mendekati aku. “Kau fikir semudah itu aku akan maafkan kesalahan kau?”

Dia mengangkat tangannya ke udara yang membuat mata aku terbelalak. Aku jangkakan yang yang dia akan menampar aku, jadi aku terus menundukkan muka. Cuak. Tapi mujurlah Senior Jimin memunculkan dirinya di saat-saat genting ini.

Dia menolak lelaki ini ke belakang sambil membisik-bisik sesuatu yang tidak jelas pada pendengaran aku. Apa yang jelas di mata aku, Oh Jeong Taek merenung aku dengan pandangan yang menakutkan, seperti dia bencikan aku.

Jantung aku macam mahu meletup.

Jisoo tarik lengan aku, kepala aku tertoleh padanya. “Lain kali, jangan berani-berani jadi hero depan Oh Jeong Taek. Lelaki tu tak boleh bawa bincang, baran dia semacam.”

Takkanlah aku biarkan orang lain yang tanggung salah aku pula, kan.

*****

p/s : dalam media di atas, saya imaginekan oh jeongtaek tu haa. siapa pernah nonton dokgo rewind. watak psiko dia mengena betul tho dgn muka dia.

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now