6

158 33 2
                                    

Aku mengangkat punggung sebaik terlihat Jisoo yang kelam kabut ke mari membawakan aku sebotol mineral. Entahlah apa kena dengan aku hari ini, perut aku meragam tidak menentu. Sampaikan aku hampir pitam tadi sewaktu berlangsung pemanasan badan untuk bersukan. Aku tidak mahu kelihatan terlalu mengada-ngada jadi aku paksakan sahaja badan aku. Tak sangka, lain pula yang jadi. Hujungnya aku bahkan menyusahkan Jisoo pula.

Dia terus sahaja memapah aku, membantu aku untuk berjalan. “Kau okay tak ni? Kita pergi klinik sekolah nak?”

Aku tersenyum lemah. Kaki berusaha untuk aku gerakkan melawan rasa sakit yang menggigit di bawah abdomen. “Rasanya, aku masih boleh tahan. Kita balik kelas je.”

“Degilnya kau, Han. Aku bukan apa, aku betul-betul terkejut bila kau pitam tadi. Muka pun pucat semacam. Aku risaulah, kau tahu.” Jisoo membebel dengan penuh prihatinnya.

Aku cuma mampu tersengih mempamer gigi kepadanya sebagai balasan. Iyalah, aku bukannya tidak mahu, hanya aku masih dapat tahan. Mungkin sebab pelawasan tidak lancar, ataupun masuk angin.

Kami baru sahaja lalu di hadapan sekumpulan atlet yang berkumpul berdekatan pintu masuk dewan gelanggang apabila kedengaran mereka seakan-akan membisik sesuatu yang tidak jelas. Aku menundukkan muka sedikit, manatahu ada senior aneh itu di kalangan mereka, boleh aku elak awal-awal. Tetapi baru beberapa langkah jauh jaraknya, satu suara segera menyapa kami berdua.

“Han, eh sekejap!!”

Aku menoleh semata-mata ingin melihat gerangan yang menyeru nama aku. Dahi aku kerutkan. Sudahlah aku sakit perut begini, ada sahajalah.

Dan iya, senior yang bernama Romeo itu bergegas ke mari dan wajahnya berkerut seperti kerisauan, telinganya juga memerah. Tapi bukan itu yang mengejutkan aku, sebaliknya bila dia bertindak membuka t-shirt putih yang tersarung pada tubuhnya meninggalkan dirinya hanya memakai baju dalam yang jarang.

Entah apa yang difikirkannya bila tanpa malu dia mendekati aku dan berusaha untuk menutup sebahagian bawah badan aku menggunakan bajunya tadi. Anak mata aku terus membesar terkejut bila lagaknya seakan mahu memeluk aku, dan aku langsung tidak mengerti apa yang mahu dia lakukan.

Aku cuba tolak bahunya supaya menjauhi aku. Aku jadi berang. “Apa ini?!!”

Dia berkeras mahu melilitkan bajunya pada badan aku. Tolakkan demi tolakkan dia endahkan sahaja. “Han— jangan tolak aku.”

Disebabkan aku malu dan kusut dengan kelakuan biadapnya yang melakukan hal ini kepada aku di umum, aku menggunakan kekuatan yang aku ada untuk menolaknya lebih kuat. Lalu satu tamparan aku lepaskan pada pipinya.

“Biadap!”

Dia kelihatan terkejut. Tangan dia memegang pipinya yang berbekas lempangan aku. Seketika kemudian dia beralih pandangan pada Jisoo pula, lantas baju tersebut dihulurkan pada Jisoo. “Tengok belakang seluar kawan kau. Tak perlu berterima kasih.”

Dia berjalan pergi tanpa berkata apa lagi.

Apa yang—

“Weh Han, kau period eh?”

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now