18

119 25 0
                                    

Mulut aku terngaga luas, menguap mengusir rasa mengantuk. “Huwaa— mengantuknya Ya Tuhan. Menyesal aku maraton drama Itaewon Class semalam.”

“Selamat pagi, Juliet.”

Aku terlompat ke depan dengan sendirinya sebab terkejut yang amat bila suara itu tiba-tiba sahaja menyapa aku dari belakang. Mata aku membuntang luas melihat dia yang tersengih-sengih berjalan keluar dari sebalik pokok di belakang aku. Macam hantu betul!

Sudahlah aku menguap besar tadi, mesti buruk campur hodoh muka aku. Seluruh muka rasa berbahang hangat. Dan sebab aku segan, aku berpaling semula ke depan dan berjalan buat bodoh abaikan dia di belakang.

Ergh!

“Hey, tunggulah,” Kedengaran derap kakinya berlari mengejar langkah aku. Dia berjalan menyaingi di sebelah, lalu dia melepaskan satu helaan nafas pendek. “Aku tunggu kau sejak setengah jam lalu di situ. Sekurang-kurangnya sapalah aku semula.”

Aku mengerling dia dari hujung mata. “Saya tak suruh pun awak tunggu saya pagi-pagi buta ni. Yang awak sibuk tunggu situ buat apa?”

“Mungkin sebab rindu. Dua hari kita tidak berjumpa.”

“Boleh saja berjumpa di sekolah, rasanya tak perlu pun sampai kena tunggu saya di simpang awal-awal pagi.”

“Aku jadi suka pula berjalan kaki ke sekolah, rasa nyaman.”

Seterusnya dia menggumam sesuatu yang tidak jelas, seperti bercakap dengan dirinya sendiri. Jadi aku menoleh pandang dia dengan pandangan tajam, mata aku kecilkan. Dia kutuk aku dalam diam ke apa.

Mungkin dia sedar akan tenungan maut aku, jadi dia turut menoleh. Sebaik sahaja mata kami bertembung dia tergelak kecil. “Kenapa tenung aku begitu, rindu juga?”

Aku berdecit sinis. Mata aku gulingkan ke atas lalu memeluk tubuh. Bibir aku cebikkan. “Tak ada maknanya nak rindukan awak. Atas alasan apa pula.”

“Atas tiada alasan, hanya saja. Hati manusia memang begitu, kan. Tiada angin dan tiada ribut, tiba-tiba sahaja rindu.” Balasnya sebelum tersenyum bangga sebab berjaya buat aku kematian kata-kata lagi.

Boleh bernanah telinga aku kalau terpaksa hadap mulutnya yang manis penuh serba serbi perisa ini hari-hari. Ada sahaja ayat dalam otaknya untuk membuat pickupline yang entah apa-apalah.

Kepala aku geleng-gelengkan. “Apa-apalah fakta awak. Ini awak nak teman saya sampai dalam kelas sekali ke atau apa?” Tanya aku selepas memberhentikan langkah di depan pagar sekolah, yang lebih kepada mahu menyindir. Iyalah dia kan sibuk mahu teman aku pulanglah, sanggup tunggu tepi simpang pagi-pagilah. Alang-alang, baik sampai kelas terus.

“Kau mahu aku temankan sampai kelas? Boleh saja.”

Dan dia tidak menanggapi sindiran itu. Aku mendengus perlahan.

“Itu sindiran.”

“Itu sindiran?” Dahinya berkerut, Jungkook mengulang ayat aku, tapi dalam nada suara lebih kepada bertanya. Lembab dia boleh tahan juga ya. “Tak bunyi macam sindiran.”

Aku jadi menyampah bila taktik aku mahu menyakat dia gagal. Lantas aku membuka langkah untuk bergerak ke kelas aku. “Dahlah, saya nak masuk kelas dulu.”

“Kim Han.”

Aku menoleh kembali ke belakang semata-mata untuk melihat dia yang kini tersenyum simpul sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek seluar. Keluhan meluncur keluar dari celahan bibir aku.

“Apa lagi?”

“Kau cantik. Meskipun aku sudah terlihat sisi wajah yang bagi kau adalah hodoh, aku tetap melihat kau cantik. Tapi sayang, aku masih belum mencintai kau. Tidak tahulah kalau nanti petang, atau esok. Kita tunggu.”

Bukan ayat manisnya yang menjadi perhatian aku, sebaliknya bila dia mengatakan sisi wajah yang hodoh itu. Sah, dia ternampak muka buruk aku waktu menguap tadi. Aahh, malunya!!!

Aku terus laju-laju berjalan tinggalkan dia di belakang.

*****

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now