12

129 28 4
                                    

Aku baru sahaja mengemas buku-buku ke dalam beg semula bila sudah waktu rehat, Jisoo terus tarik tangan aku tak sabar menunggu. Aku tergelak dengan ekspresi mukanya sebab aku memang sengaja berlambat-lambat. Sebab aku tahu apa yang dia kejar.

“Han cepatlah, nanti meja sebelah Jimin sunbae penuh. Nanti terlepas peluang aku untuk tengok muka dia dekat-dekat. Cepatlah, Han.” Rengek Jisoo meleret, mukanya dicemberutkan sehabis baik memujuk aku.

“Iya ya kejaplah,” Aku menarik lengan baju aku yang terturun sebab kena tarik. Kerja tangan aku cepatkan mengemas. “Saya nak kemas meja dulu.”

“Tak payahlah kemas masuk beg, sumbat je dalam laci terus.” Jisoo mendengus kasar. Tangan aku ditariknya lebih kuat sehingga aku terlentok ke tepi.

Naya tangan aku.

“Woi, yang kau tarik Han begitu, apahal?”

Hyunjin yang baru munculkan diri dari belakang langsung sahaja menepis tangan Jisoo. Dapat jugalah aku luruskan badan semula sambil tergelak lagi. Kesian pula Jisoo, siap muncung sedepa bila dia memeluk tubuh. Hyunjin dijelingnya.

“Kau apa tahu. Ini soal masa depan aku, hidup mati aku. Tahu tak.” Balas Jisoo sebelum mengacah mahu menumbuk Hyunjin.

Aku langsung berdiri dan memaut lengan Jisoo dengan manja. Sisa tawa aku habiskan. “Iyalah iyalah, saja nak sakat awak. Jomlah, kita kejar masa depan awak eh.”

“Good, mari cepat!”

Jisoo mula berlari anak sambil menarik tangan aku, dan diikuti dengan Hyunjin di belakang yang menggeleng kepala tidak percaya mungkin yang aku mahu melayan karenah fanatik Jisoo terhadap senior Jimin. Tapi malang betul nasib Jisoo hari ini bila kami disekat di depan pintu kelas oleh beberapa pelajar lelaki yang berpakaian tidak begitu kemas. Lagak macam budak nakal.

“Weh ke tepilah! Tak nampak ke orang nak lalu.” Bentak Jisoo dengan beraninya yang membuat aku terlopong.

Wah, hanya wah.

Salah satu dari pelajar lelaki tadi maju bersama sekotak susu mangga dan sebungkus roti bun di tangan. “Kim Han, eh?”

“Uh-oh,” Aku angguk dengan janggal. “Iya saya.”

Hyung-nim bagi. Katanya, silakan menjamu selera.” Barangan di tangannya tadi telah bertukar tempat, di tangan aku. Dan mereka terus berlalu pergi meninggalkan aku masih dengan kekeliruan.

Sekeping nota lekat yang terlekat pada kotak susu aku lihat.
 
 

dear juliet,

aku tidak mahu kau
susah ke kantin jadi
aku hantarkan untuk kau.
 
 
 

Aku tahan senyuman bila pandangan aku naikkan untuk melihat Jisoo dan Hyunjin bergilir. Menghantar pandangan yang nampaknya aku tak dapat ikut mereka ke kantin, sebab ada orang yang baik hati telah hantarkan ke mari buat aku. Dan Jisoo membuat muka menyakat sambil mencebir bibir sementara Hyunjin pula jadi serius, pandang acuh tak acuh.

Apapun, terima kasih makanannya!

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now