25

100 22 0
                                    

Aku baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam kelas bila Hyunjin tiba-tiba muncul di depan pintu. Dia aku pandang sekilas sebelum meneruskan langkah ke meja belajar dengan dia membontot dari belakang. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak rasa apa-apa dengan perangainya kelmarin, tak kecewa, tak sakit hati. Bohong sebab nyatanya aku kecewa sangat, tak sangka dia sanggup buat aku sampai begitu sekali kerana kemarahannya.

Sejujurnya, Hyunjin bukan lelaki yang aku jangkakan seperti itu. Aku jangka dia lelaki yang baik, penyabar dan takkan mungkin lepaskan amarahnya dengan mudah. Nyatanya aku silap besar.

“Han, saya minta maaf.” luahnya dengan nada suara yang perlahan, merayu.

Aku hempas keluhan sambil memejam mata sesaat. Setelah beg aku letakkan di atas kerusi, badan dipusing untuk menghadap dia. “Saya tak sangka Hyunjin yang sebenar begitu rupanya. Saya tak marahkan awak, cuma kecewa.”

Hyunjin tunduk, riak mukanya jelas mempamer perasaan bersalah. Bibir dikemam beberapa ketika sebelum dia berbicara semula. “Saya terlalu terbawa emosi kelmarin. Saya minta maaf kalau saya bersikap terlampau pada awak. Saya tak sedar. Saya betul-betul dah hilang kesabaran dengan dia.”

“Apa masalahnya yang sebenar? Saya rasa ada benda lain yang awak marahkan, bukan semata-mata kerana kuiz. Takkan mungkin sebegitu marahnya awak.”

“Manusia, tahap kesabarannya ada batas. Dan batas kesabaran saya sudah habis, cukup rendah sampai saya sendiri hilang kawalan,” Hyunjin mengetap bibirnya rapat. Dari biasan matanya aku dapat melihat tatapan penuh gelora amarah. “Setiap kali saya tengok dia ketawa gembira, saya sakit hati. Macam mana dia boleh bergembira tanpa rasa bersalah selepas apa yang dia buat pada adik saya.”

Dahi aku kerutkan. Tidak mengerti dengan apa yang dia cuba sampaikan. Memangnya apa yang Jungkook telah lakukan? “Apa maksud awak?”

“Dia dah buat adik saya sakit. Trauma dengan sekolah sampai sekarang berkurung dalam bilik di rumah, takut nak keluar ke mana-mana. Adik saya kena buli dengan dia, dengan kawan-kawan biadapnya semua. Awak masih anggap dia lelaki yang baik?”

Aku terkelu lagi, dan lagi.

*****

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now