27

107 23 0
                                    

Keluhan panjang meluncur keluar dari celahan mulut bila sahaja aku berjaya membersihkan meja kafe yang terakhir. Lega yang amat. Aku menghempas punggung ke atas kerusi bagi menghilangkan penat seketika. Lalu lagu Memories of The Wind nyanyian Naul bergema memenuhi ruangan otak aku melalui speaker earphone yang tersumbat dalam telinga. Aku memejam mata, melayan perasaan.

Tapi ketenangan yang aku rasakan tidak bertahan lama apabila ada makhluk tuhan tiba-tiba sahaja menyergah aku. Habis berterabur lamunan. Dada aku urut turun menenangkan diri. Jelingan yang disertakan dengusan kasar aku berikan bila dia tersengih-sengih serupa kerang busuk depan aku.

“Rindukan aku tak?” Jisoo selamba badak henyak punggung dia.

Aku mencebirkan bibir. Mata digulingkan ke atas. “Tak langsung. Awak lambat, kafe dah tutup setengah jam yang lalu. Maaf tak terima pelanggan dah.”

“Amboi bukan main dia sarkastik kan kita eh. Aku bukan datang nak minum pun, saja nak jumpa kau,” dia bersandar ke belakang seraya menyilangkan tangannya ke dada. “Tadi ada homework tak? Mesti tak ada kan. Dah nak dekat exam ni, takkanlah ssaem masih bagi homework.”

Pemain muzik aku hentikan, earphone aku cabut dan letakkan ke atas meja. Mata aku kecilkan memerhati dia penuh dengan kesangsian. Jisoo mungkin perasan riak muka aku bila dia tersengih tayang gigi. “Awak tak turun sekolah tadi apahal?”

“Alah, aku malulah nak bagitahu kau, Han.” ucapnya sambil mengerucutkan hidung dan mulutnya. Kepala digarunya.

“Sejak bila pula awak pandai malu dengan saya ni?”

“Hm yalah, aku lambat bangun tadi sebab semalam aku stalk ig Jimin sunbae sampai lewat pagi,” Jisoo menjawab dengan tenang, menayang muka sepuluh sen nya yang memang tak laku. Tak lama kemudian, dia mendekatkan badannya ke meja dengan mengejut. “Oh iya, macam mana Hyunjin dengan Jungkook? Ada gaduh tak lagi tadi?”

Aku menggeleng. “Tak ada. Benda dah settle kan.”

“Jadi, dia ada minta maaf tak dengan kau sebab tolak kau sampai cium lantai? Kalau tak ada, esok aku sepak punggung dia!”

Dengar bebelan Jisoo aku tertawa kecil, terhibur hati aku sekejap. “Ada, jangan risaulah. Lagipun dia tak sengaja tolak aku kan.”

“Sengaja tak sengaja. Salah tetap salah. Aku agak Hyunjin tu dah lama menyimpan kut, sebab itulah bila lepas emosi dia sampai tak terkawal begitu.”

Aku menggigit bibir, rasa ragu-ragu untuk bertanyakan hal ini pada Jisoo. Sebab mungkin akan menampakkan seperti aku ini penyibuk akan hal orang. Tapi aku mati-mati mahu tahu, apa sebenarnya yang berlaku antara Jungkook, Hyunjin, dengan adik dia itu. Apa benar Jungkook tu macam yang orang-orang katakan, macam yang aunty katakan. Aku menjeling ke dalam rumah, melihat aunty yang masih tekun mengira wang hasil.

Nafas ditarik dalam sebelum aku juga turut mendekat ke depan. Mahu bercakap cara berbisik dengan Jisoo. “Awak ada tahu apa-apa tak, pasal adik Hyunjin tu? Saya dengar benda-benda yang tak menyenangkan pasal Jungkook.”

Jisoo mengemam bibirnya. Matanya memerhatikan sekeliling seakan-akan mahu menyampaikan top secret, sehinggakan aku pun terikut melihat ke sana-sini. “Memang diaorang dua tu ada kes dendam lama. Benda ni dah lama terjadi. Tahun lalu rasanya, adik Hyunjin, Yeji namanya, dia kena buli di sekolah. Masa itu, Hyunjin sekolah tempat lain.”

“Jungkook yang buli?” tebak aku.

Jisoo mendecit, kepala tergeleng. “Bukan. Aku dengar kisahnya tu pasal jealous. Kau ingat tak budak lelaki yang hampir tampar kau tempoh hari?”

Aku angguk laju. “Ingat, ingat.”

“Pasal dia lah. Dengar cerita si Jeong Taek tu ada hati dekat Yeji, dan ketahuan dengan girlfriend dia. Habis Yeji tu dikerjakan. Kalau Jeong Taek tak buat apa-apa dekat Yeji, girlfriend dia tu ancam bagitahu abang dia. Si Jeong Taek ni takut dengan abang dia, jadi apalagi diaorang pun buli Yeji sampai budak perempuan tu masuk hospital. Trauma teruk.” jelas Jisoo dengan panjang lebarnya. Walaupun otak aku kurang cekap menangkap penerangannya yang laju bak F1, aku faham satu benda;

“Jungkook tak ada kena mengenalah ni kan?”

“Jungkook sunbae yang selamatkan keadaan sebenarnya. Dia halau girlfriend Jeong Taek tu ke sekolah lain, ikutkan Jeong Taek sekali dia halau tapi gang diaorang masih pertahankan dia. Jungkook sunbae bagi satu lagi peluang, tapi baru-baru ni dia buat hal dengan ssaem sampai kena gantung sebulan. Tak tahulah apa cerita lagi.”

Tapi aku masih tak puas dengan satu hal. Memikirkannya membuat aku mengeluh panjang. “Jadi kenapa Hyunjin cakap Jungkook juga terlibat sama?”

“Sebab Jeong Taek gunakan Jungkook untuk tarik perhatian Yeji. Adik Hyunjin sukakan si Jungkook sunbae tu haa. Jadi bila dia pancing Yeji untuk berjumpa atau apa, dia guna nama Jungkook. So, si Hyunjin lembab tu fikir Jungkook pun terlibat dalam kes adik dia. Aku dah banyak kali terangkan, tapi dia bengap sangat. Tak percayakan aku.”

“Aunty aku cakap dia dengan gang motor dia tu, suka timbulkan huru-hara dekat kawasan ni. Betul ke?” duga aku lagi. Tak sangka pula Jisoo tahu banyak tentang dia, jadi lancar sahaja mulut aku bertanyakan soalan demi soalan. Sehinggalah musykil aku terungkai.

“School war, biasalah. Sana sini gaduh. Tapi aku boleh berikan kepastian seratus peratus, yang Jimin sunbae bukanlah seteruk yang orang katakan.”

Aku kerutkan dahi, Jisoo menyengih.

“Yalah, Jungkook sunbae kau jugalah termasuk. Diaorang nakal, suka buat kecoh sana sini, tapi tak jahat. Percayalah.”

Patutkah aku berasa lega, atau serba salah?

*****


[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now