26

92 22 0
                                    

“Juliet!”

Aku segera melajukan langkah kaki apabila terlihat dia dari kejauhan sedang berlari mendapatkan aku. Buku dipeluk ke dada lantas aku berjalan tergesa-gesa, mujurlah hari ini Jisoo tidak hadir jadi aku dapat pulang awal. Tapi tak sangka pula dia juga keluar awal sampai terserempak depan kawasan sekolah. Aku bukan apa, aku hanya mahu mengelak dari bertemu dengan dia. Selepas satu satu cerita buruk yang aku dengar tentang dia, aku tidak yakin untuk berkawan dengan dia lebih-lebih.

Mungkin sebelum ini aku terlalu ikutkan perasaan, sampai-sampai aku tidak ambil tahu menahu dahulu apa-apa tentang dia sebelum berkawan.

“Hey, mengelak dari aku atau apa?”

Aku berhenti secara mengejut bila sahaja dia berdiri di depan aku. Sebab ketinggian yang berbeza aku terpaksa mendongak sedikit semata-mata untuk memberikan dia satu tatapan tajam. “Saya nak balik.”

“Selalunya ki—”

Kepala digeleng sebelum aku berjalan melintasi dia tanpa menunggu dia menghabiskan kata-katanya. Tapi aku tahu yang dia masih mengejar aku dari belakang bila terdengar derap kakinya.

“Han, ada sesuatu yang berlaku? Atau aku ada berbuat kesalahan?”

“Tak ada. Saya cuma nak cepat-cepat balik ke rumah.”

“Han!”

Aku mendengus kasar bila kali ini dia menahan aku dengan mendepakan lengannya ke pagar. Menghalang aku keluar dari sekolah. Jungkook berdiri di depan aku. Bila aku mengangkat muka, mata kami bertentangan.

“Apa yang berlaku? Mengapa kau sepertinya mengelak dari bertemu dengan aku lagi?”

“Jungkook, saya rasa kita berdua tak boleh berkawan lagi. Just, lupakan sahaja yang kita pernah berkenal boleh? Saya minta maaf.”

*****

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now