21

117 25 2
                                    

Sepatutnya pelajar kelas lima yang join program Celik Fakta yang tengah berlangsung sekarang ni, sepatutnya lah. Tapi cikgu tiba-tiba tukar pelan last last minute minta pelajar kelas lima mengalah dan beri peluang untuk pelajar kelas enam mengikuti program tersebut. Mahu tak mahu, terpaksa jugalah akur dengan ketentuan. Aku baru sahaja berangan-angan nak wakilkan sekolah.

Dalam program ni, ada dua game yang kami boleh ikuti. Satu, international quiz, yang satu lagi debat. Jadi kelas lima sekarang bergabung dengan kelas enam untuk merealisasikan harapan cikgu-cikgu yang mahukan kami semua menunjuk bakat dan kelebihan masing-masing.

Disebabkan nama aku ditolak keluar dari kuiz, aku terpaksa ikut debat tetapi sebagai ahli backup sahaja lah. Manatahu ada malang tidak berbau minggu depan nanti. Jadi sekarang yang menjadi isu tidak puas hati aku, adalah ketidakadilan yang terjadi. Punyalah aku bersusah payah membaca macam-macam jenis buku sejarah pasal negara-negara antarabangsa semalam, alih-alih tak ikut pula. Hm, apa lah nasib.

Aku cuma jadi penonton untuk harini. Untung Jisoo sebab dia dapat tempat di atas pentas sana.

Bila mata kami bertembung, aku mengangkat kepalan penumbuk ke udara. Memberikan dia semangat. Mulut aku menyuarakan fighting tanpa suara, dan mungkin Jisoo memahaminya bila dia mengangkat jempol.

"Di mana peserta terakhir kumpulan lima ni? Kenapa belum lengkap?"

Pertanyaan pengerusi majlis mengganggu sesi berbalas pandangan aku bersama Jisoo. Mata aku langsung meliar melihat ke mana-mana mencari orang yang dimaksudkan. Dan ketika itu, kelihatan seorang pelajar lelaki tergesa-gesa mendaki tangga naik ke pentas sambil membaguskan seragam sekolahnya. Rahang aku bagaikan jatuh ke lantai menyedari siapa peserta itu.

Seriuslah dia ikut?

Melihat sahaja dia yang menghenyakkan punggung ke atas kerusi sambil tersengih, buat aku tambah bersemangat untuk menonton di sini sehingga ke hujungnya. Senyuman aku melebar lagi-lagi bila dia juga terpandang aku.

Jungkook mengjungkit keningnya dengan riak muka bangga. Aku menggeleng kepala selepas tertawa kecil, lantas aku memberikan dia semangat seperti yang aku lakukan pada Jisoo.

Untuk beberapa minit kemudian, permainan dimulakan dan kumpulan dua telah mendahului dengan tiga mata. Tidak dinafikan, Senior Jaehyun memang pandai. Dan fakta itu membuat aku gementar, bagaimana dengan kumpulan Jungkook, kumpulan Jisoo pun belum ada jawapan.

Aku pandang Jungkook dengan dahi yang dikerutkan. "Awak jawablah sesuatu." aku menggerakkan mulut.

Dia mengangguk dengan yakin. Senyuman dia memanjang ke telinga bila dia membalas. "Bertenang. Im good at this."

"What is the capital of the USA?"

Dan dia mula membuktikan dirinya bila tangan dia dulu menekat punat. Jungkook merapatkan mulutnya ke mikrofon bila perhatian semua orang kini tertumpu padanya. "Uhm. . . Donald Trump?"

Aku terus menepuk dahi. Yang lain semua ketawa mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya.

"Donald Trump is a president, Jeon Jungkook. Not a capital."

Dia menyengih sambil menggaru kepalanya. "Oh, my mistake."

"Okay next question. Who is the gabenor of California?"

Sekali lagi, Jungkook yang dulu menekan punat. Aku menarik nafas sedalamnya bila pandangan aku tertumpu kepadanya sepenuhnya. Dada aku berdebar-debar, mengharapkan jawapan benar kali ini.

Dia berfikir seketika bila matanya bergerak ke atas. Lama dia menggumam sebelum dia bersuara.

"Terminator."

Ya Tuhan!

*****

siapa dpt lawaknya
dia win 😂

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now