22

102 23 0
                                    

Aku mengeluh untuk ke sekian kalinya, masih tak boleh percaya yang kumpulan lima kalah dengan teruknya. Cuma dapat satu mata dari empat bahagian kuiz? Boleh percaya tidak? Dan yang lebih menyebalkan punca kekalahan mereka adalah Jeon Jungkook.

Tiada lagi senyuman pada wajah Hyunjin sepanjang hari ini, sampai majlis tamat. Nampak sangat yang dia betul-betul tertekan dengan Jungkook. Aku pun sama, rasa kecewa. Aku tahu dia tidak selembab itu, dia cuma sengaja berjenaka.

Aku berdiri sambil mengemam bibir bila dia berjalan ke arah aku. Botol mineral sejuk aku berikan pada dia. "Kenapa awak buat begitu?"

Jungkook kerutkan dahi. Air sejuk tadi ditenguknya dengan rakus sebelum menjawab. "Buat apa?"

"Awak jawab sembarangan. Padahal saya tahu awak boleh menjawabnya. Kan."

Dia tertawa kecil. Punggung dilabuhkan ke kerusi berdekatan. "Smart people are not fun, you know. Aku hanya menjawab apa yang terlintas dalam fikiran."

Aku mendengus kegeraman. Kalau aku hempuk kepala dia kira-kira boleh sedar tak? Dia boleh buat selamba tiada rasa bersalah langsung. "Tapi ini peluang awak untuk buktikan diri. Awak tu kelas enam, bukankah sepatutnya awak berikan yang terbaik? Supaya dapat jadi contoh pelajar yang baik."

"I don't wanna make history, I want to create memories," balasnya sebelum tersenyum-senyum sendiri. Tangan dilipat ke dada bila dia bersandar. "Aku yakin, kau akan sentiasa tersenyum pada setiap kali mengingat aku semula."

"Apa masalah kau sebenarnya? Kau fikir ini tempat untuk kau tunjukkan lawak bodoh kau tu? Kalau diri sendiri yang susah tak apa juga, ini kau menyusahkan banyak orang." satu suara lain tiba-tiba menyergah membuat aku dan Jungkook menoleh serentak.

Melihatkan Hyunjin menggenggam kepalan penumbuknya, aku menjadi gusar. Wajahnya juga jelas mempamer ekspresi yang dia benar-benar tidak senang dengan Jungkook. Aku segera bangkit, berdiri di antara mereka berdua.

Jungkook bangun dari kerusi, tangan dimasukkan ke dalam poket seluar bila dia menjungkit sebelah keningnya ke arah Hyunjin. Ah sudah, janganlah sampai bergaduh dekat sini pula.

"Kau tu yang ada masalah apa?"

"Masalah aku, adalah kau."

Jungkook mara ke depan. "Jadi, kau mahu kita selesaikannya sekarang? Memandangkan di sini tak ada cikgu."

"Hah- mengapa tidak. Aku dah lama tahan dengan perangai kau." Hyunjin mencebik sinis. Kolar bajunya dilonggarkan bila dia juga turut maju mendekat.

Aku tahan badan Hyunjin dengan tangan kiri sementara sebelah lagi menahan Jungkook. Tersepit di tengah-tengah. Aku mendengus kasar menandakan yang aku tidak suka dengan pergaduhan ini. "Stop please. Jungkook. Hyunjin. Jangan jadi macam budak-budak."

Aku memandang Jungkook dengan pandangan yang menuntut, meminta dia untuk berhenti mengasak. Mengalah sahaja. Dan dia sepertinya akur bila dia berhenti menolak. Yang menjadi masalah adalah Hyunjin, dia masih menolak sampaikan aku terpaksa gunakan sepenuh tenaga untuk menahan dia.

"Hyunjin, tolonglah berhenti."

"Ini bukan masalah kau, Han!"

Aku tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dalam sekelip mata badan aku terasa melayang sebelum aku jatuh menyembah lantai. Otak aku gagal mengakses sebab terlalu terkejut. Satu yang aku yakin, bila aku berpaling, aku melihat Jungkook melepaskan tumbukan pada muka Hyunjin.

Mereka bergelut, bergaduh.

*****

[DC] Romeo : Our First MetWo Geschichten leben. Entdecke jetzt