9

147 30 1
                                    

Sekotak susu perisa mangga dan sebungkus roti bun diletakkan ke atas meja belajar aku. Kepala aku pantas terdongak untuk melihat gerangan pemberinya. Aku terdiam memandang dia yang tersenyum nipis kepada aku.

“Aku tak rasa yang kau sudah kenyang.”

Aku melarikan pandangan ke arah lain. Makanan tadi aku tolak ke arahnya kembali. “Tak apa, terima kasih. Saya tak lapar.”

Agak lama dia berdiam, dan dalam masa itu aku mengambil kesempatan untuk memasukkan kad pelajar ke laci meja yang semenjak tadi aku pegang. Muka sentiasa aku rendahkan.

Dia berdehem perlahan sebelum bersuara lagi. “Kalau kau terasa hati dengan kelancangan Jimin yang menggunakan kad pelajar kau sesuka hati, aku minta maaf bagi pihak dia. Aku akan gantikan semula duit kau.”

“Tak perlu,” Aku menggeleng. Mukanya aku pandang sekali bersama senyuman kekok. “Jangan risau tentangnya, saya okay. Itu jumlah yang harus saya berikan tanda minta maaf pada sunbae tempoh hari. Saya tidak keberatan sebenarnya, sungguh.”

“Itu juga sebenarnya tidak perlu. Kehidupan aku sudah cukup senang kau tahu, aku tak perlukan semua itu. Dan aku akan kotakan kata-kata aku, aku akan gantikan semula duit kau.”

Aku mengetap bibir rapat, serapatnya. Tanpa alsebab yang betul aku merasakan satu emosi kuat mulai menguasai diri aku. Aku rasa bengang, rasa marah, rasa geram. Seolah-olah dia mengatakan itu untuk merendah-rendahkan aku. Tekak aku terasa perit begitu juga dengan hidung aku, gelodak emosi membuat aku rasa sebak.

Ergh, aku bencikan bila aku terlalu beremosi begini. Tapi aku lagi bencikan fakta yang dia sedang merendahkan aku.

Dengan itu, aku menatap dia dengan berani. “Kalau awak rasa yang awak sudah cukup kaya, cukup senang, kenapa awak minta saya bayar? Atau awak memang sengaja mahu malukan saya seperti tadi, begitu? Supaya awak boleh berkata megah yang wang bukan satu masalah besar untuk awak, dan rendah-rendahkan orang macam saya. Memang tipikal orang kaya, egois.”

“Kau sudah salah faham dengan niat aku yang sebenarnya,” Dia berkata lemah lembut. Bertentangan dengan oktaf suara yang aku lemparkan. “Salahkan Jimin sepenuhnya. Bukan aku yang mahu seperti ini.”

Aku menggenggam kepalan tangan. “Habis itu, apa yang awak mahukan sebenarnya? Mahu saya melutut depan awak dan minta maaf sebab saya tampar awak, malukan awak depan kawan-kawan awak? Itu yang awak mahukan?”

Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya perlahan. Wajahnya kekal tenang, tidak menunjukkan sebarang ekspresi marah atau apa. “Pertama sekali, aku tidak akan menanggapi apa sahaja yang baru kau katakan pada sebab aku tahu, emosi perempuan bagaimana. Keduanya, aku minta maaf dengan apa yang Jimin lakukan dan aku pastikan dia juga akan meminta maaf selepas ini. Aku akan gantikan kerugian kau. Dan ketiganya, aku tak pernah berfikir langsung untuk minta kau berlutut depan aku.”

Dia tersenyum panjang. “Aku cuma mahu kau tambahkan peratus peluang aku untuk mendekati kau.”

Jawapan dia, buat aku lagi rasa seperti mahu heret muka atas jalan tar sebab malu. Terlalu malu!

Salahkan emosi tak guna.


[DC] Romeo : Our First MetDonde viven las historias. Descúbrelo ahora