7

144 30 0
                                    

Kejadian dua hari yang lalu adalah yang paling malang buat aku di sekolah ini. Masih segar dalam ingatan bagaimana aku memalukan diri sendiri di depan pelajar-pelajar senior dengan keadaan yang tidak terduga langsung. Bodohnya aku sebab tak dapat jangka yang aku sakit perut kemungkinan kerana datang haid. Sudahlah aku malukan diri dengan berjalan dalam keadaan yang begitu,  satu hal lagi sebab aku tampar orang yang cuba bantu tutup aib aku.

Semuanya sebab aku terlalu bersangka buruk dengan orang, jadi budi baik juga gagal untuk aku kenal pasti. Aku terlampau percaya yang senior Jungkook berperangai buruk dengan perempuan. Entah itu kesilapan, atau sekadar langkah berjaga-jaga. Aku sendiri keliru.

Kerana jujur, aku tidak juga menganggap dia sebagai orang yang jahat, buruk. Tidak pernah juga dia berbuat jahat pada aku. Silap aku, ya?

Dan sekarang, aku tak tahu mana nak sembunyikan muka aku. Malu yang amat. Semoga sahaja aku tidak bertembung dengan dia di mana-mana.

“Han.”

“Ya Tuhan!” Aku melompat kaget bila sahaja seseorang terjengah dari sebalik tiang berdekatan. Mata aku terbelalak luas. Lagi-lagi bila aku mengecam wajahnya.

Salah satu kawan senior itu, idola Jisoo. Park Jimin kalau tidak salah aku nama dia.

Aku menelan liur yang terasa berbatu di anak tekak. “A-ada apa, sunbae?”

“Ada hal yang perlu diselesaikan,” Ujarnya sebelum memberi isyarat pada seseorang di sebalik tiang yang sama tempat dia bersembunyi tadi. Lalu keluar sesosok tubuh lain dari situ. Melihatkannya sahaja, jantung aku bagai ingin meletup. “Antara kau dengan kawan baik aku ini.”

Aku mengerling dia sekilas sebelum menundukkan wajah sedikit. Aku perasan yang tenungannya kini terarah pada aku sahaja. Bibir bawah digigit perlahan mencuba menenangkan diri aku yang dilanda kegusaran. Patutkah aku melutut minta maaf dengan dia? Apa dia boleh terima kata-kata maaf aku sahaja? Bagaimana kalau dia mahukan sesuatu dari aku?

“Bayar kompaun sebab kau tampar
lelaki paling kacak dalam sekolah ni.”

Terangkat terus kepala aku dengan mata yang dibuka besar-besar. Wajah mereka berdua aku pandang silih berganti, mengharapkan yang mereka hanya berjenaka sahaja. Tapi hampa bila mereka hanya mengekalkan ekspresi yang sama.

Aku menggosok belakang leher, janggal. “Berapa yang patut saya bayar? S-saya tak ada banyak duit sekarang.”

Dengan itu dia terus menyenggol lengan kawannya itu sambil besarkan mata dan kerutkan dahi. Tapi senior Jimin tadi hanya buat bersahaja seakan memberikan keyakinan supaya mempercayai dia dalam menangani isu yang terjadi ini.

“Berapa yang kau ada?” Tanya senior Jimin yang sekali lagi disenggol oleh dia.

Mengabaikan interaksi aneh mereka berdua, aku terus menyeluk poket blazer untuk mengeluarkan kad pelajar milik aku. Aku tidak suka berhutang, lagipula memang kesalahan aku sendiri jadi aku patut bayar. Aku masih mempunyai sisa simpanan biasiswa bulan yang lalu, mudahan mencukupi.

Kad pelajar aku hulurkan. “Saya ada—”

“Good. Lunch on you.” Senior Jimin terus menyambar kad aku, senyuman dia melebar.

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now