13

130 29 3
                                    

“Yang ini kena masukkan dalam kurungan dulu. Lepastu awak selesaikan dari luar, darab masuk ke dalam. Faham tak?”

Aku menggaru kepala yang tidak gatal sebenarnya, tapi entah memang tabiat yang keluar bila aku jawab matematik. Subjek boleh sahaja otak aku terima, tapi matematik ini sumpah aku  jadi bengap sekejap. Jadi bila Hyunjin sudah terangkan berapa kali pun, aku masih blur. Sudahlah selepas ini cikgu matematik yang masuk, kerja dia aku belum siapkan. Memang taklah aku mahu meniru, tapi... kalau terdesak macam mana?

Bibir aku gigit kejap. “Urm, kalau saya—”

“Pindah.”

Aku yang baru sahaja mahu meminta untuk meniru buku Hyunjin terbatal bila ada satu suara berbunyi di antara kami. Pastinya bukan Hyunjin, dan bukan aku sebab suara lelaki. Jadi dengan itu serentak kami berdua mendongak semata-mata untuk melihat gerangan siapa yang bersuara— dan, itu dia.

Senior Jeon Jungkook.

Sedang berdiri di depan meja aku sambil tangannya sebelah dimasukkan ke dalam poket seluar. Memang tabiat dia eh? Apabila Hyunjin diam tidak beranjak, Jungkook maju setapak lagi dengan wajah yang benar-benar serius.

“Pindah.”

Aku tidak tahu apa motif dia menyuruh Hyunjin pindah ke tempat lain, tapi aku lagi tidak mengerti kenapa juga Jungkook mahu duduk di sini? Bukannya kelas dia pun. Jadi aku tidak tahu mahu sebelahkan siapa.

Hyunjin pandang aku dengan seraut wajah yang kelihatan kecewa? Dia mengeluh malas sebelum menggeleng kepala tidak puas hati. Pen dihentakkan ke atas meja lalu dia berdiri berlalu pergi ke belakang kembali ke mejanya tanpa sebarang suara.

“Han,” Aku menoleh pandang Jungkook pula bila dia sebut nama aku. Ekspresi mukanya telah berubah, dia tersenyum padahal tadi— okay. “Boleh aku duduk di sini?”

Aku membalas dengan senyuman kecil. Buku matematik aku tarik sedikit ke arah aku. “Duduklah.”

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung, kepala dia jengahkan sedikit untuk melihat kerja yang aku hadap. Deheman dia kedengaran. “Kerja rumah tak siap ke?”

Aku terus menggaru kepala lagi. Patutkah aku jawab jujur atau bohong? Entah apa yang dia fikir aku nanti, malas buat kerja rumah begitu? Dengan itu aku tersengih kekok. “Uh... Tak, ini saya cuma buat rujukan saha—”

“Sini aku tengok.” Dia terus tarik buku dari tangan aku tanpa minta izin lagi. Aku mahu halang, tapi— tak salahkan minta tolong?

Kalau terdesak, kan?

Tapi dia boleh— oh wow. Aku tak sempat mahu menghakimi sama ada dia pandai atau tidak selesaikan masalah matematik apabila dia sudah mula menulis dan mengira di sebelah tanpa sebarang arahan, atau permintaan dari aku.

Aku tergamam.

Aku hanya sekadar menjadi pemerhati dia dalam diam, sebab dia fokus sekali sehingga aku rasa janggal mahu menegurnya. Selepas satu soalan, satu lagi dia selesaikan. Cepat sahaja tangannya aku tengok. Bukan biasa-biasa juga sebenarnya Romeo ini.

“Weh ssaem datang!” Salah satu kawan sekelas aku menjerit dan dia tidak menipu apabila Cikgu Jaesuk sudah melangkah masuk ke dalam kelas.

Aku menjadi gelabah dan huru hara, lengan Jungkook aku tepuk perlahan minta perhatiannya tapi dia endahkan, masih menyiapkan kerja rumah aku.

“Ssaem saya dah masuk. Awak kena balik kelas awak sekarang.” Bisik aku perlahan. Takut-takut kalau cikgu perasan Jungkook di sini—

“Eh, kamu? Kenapa kamu ada di sini pula?”

Aku terus pejam mata sesaat bila cikgu Jaesuk bersuara menegur dia. Muka aku rendahkan sedikit sebab malu, pipi aku rasa macam terbakar sekarang ini. Tapi dia boleh pula selamba badak tersengih panjang pada cikgu sambil menggaru kepalanya.

“Iya ssaem?”

“Bukan kelas kamu di sebelah sana ke? Apa yang kamu buat di sini?”

Jungkook terus membuat muka terkejut dan memandang sekeliling kelas. Dia tergelak kecil, menggaru kepalanya lagi bila dia memandang cikgu semula. “Maaf ssaem, saya tersilap masuk kelas.”

Ya Tuhan, lakonan dia...

Jungkook terus berdiri dan menunduk hormat pada cikgu sebelum berjalan keluar dari kelas ini. Tapi sempat dia melirik aku dan mengenyitkan mata bersama senyumannya yang memang tak putus diukirkan pada aku.

Aku senyum malu.

“Boleh pula silap masuk kelas eh? Ada-ada sahaja si Jongkong itu.”

“Jungkook lah ssaem...” Sekelas menyahut. Aku tertawa mendengar seloroh cikgu, ataupun dia sememangnya silap dengan nama Jungkook.

“Yang mana-manalah, kerja cikgu sudah siapkan?”

Oh.

Aku terus meneliti buku matematik aku yang— telah disiapkan oleh dia. Dan ada nota ekstra yang ditinggalkan oleh dia.

jangan bingungkan kepala
memikirkan kerja rumah,
cukup fikirkan aku sahaja.

bergurau,
aku akan ajar kau nanti.
jangan minta ajar dengan
Hyunjin lagi.

Dia inikan, boleh dikira main tipu tahu.

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now