17

115 26 0
                                    

“Han, sorry pasal tadi. Jeong memang begitu. Dia kejam sikit antara kami. Dia tak kenal kau, sebab dia baru datang sekolah harini lepas kena gantung sebulan. Kalau dia tahu kau siapa, dia takkan berani angkat tangan pun dengan kau.” ujar Senior Jimin selepas melabuhkan punggungnya di atas kerusi, berhadapan dengan aku.

Ekspresi wajahnya begitu serius dan bersungguh-sungguh meminta maaf. Seperti dia pula yang ketakutan, tapi tak pasti apa alasannya. Mulutnya terbuka tutup beberapa kali, ragu-ragu untuk bersuara. Aku jadi panasaran tentang apa yang bermain dalam fikirannya.

Aku mengecilkan mata, cuba membaca riak wajahnya. “Ada apa-apa ke yang sunbae nak cakap?”

Dia menggigit bibirnya, kegusaran. Selepas itu, dia memandang ke dalam mata aku. “Jangan bagitahu Jungkook eh, yang Jeong hampir tampar kau tadi. Kalau tak, memang nahas dia kena nanti.”

Aku tertawa kecil. “Untuk apalah saya nak bagitahu dia? Benda kecil saja pun, Jeong pun tak ada juga apa-apakan saya. Lagipun, ia memang salah saya.”

“O-okay, terima kasih.” Dia tersenyum kecil.

“Oh iya, cerita pasal Jungkook. Dia ke mana dua hari ni tak datang sekolah? Dia sakit ke?” tanya aku. Terpaksa tebalkan muka depan Senior Jimin, sebab perasaan ingin tahu aku melebihi perasaan segan. Aku bukan apa, cuma risau.

Dia menjungkit bahu sambil mencebikkan bibirnya. Mata dikecilkan bila dia seperti sedang mengingat sesuatu. “Entahlah, dia kata ada hal yang nak disettlekan dalam Maddog. Aku pun tak tahu sangat pasal apa sebab aku dah kurang join aktiviti terbaru mereka.”

Dahi aku berkerut mendengarnya. Apa benda yang serius sangat sampai dua hari mengurusnya? “Maddog tu apa?”

“Ah, Maddog tu nama team kami. Motorbikers?”

Aku baru sahaja mahu membuka mulut bertanyakan tentang hal yang berlaku antara Jungkook dengan Jaehyun, kenapa Jungkook macam berdingin bila nampak dia, tapi tak menyempat bila loceng berdering. Senior Jimin lantas bangun  berura-ura untuk kembali ke kelasnya.

Aku melepaskan keluhan.

“Weh Han,” aku tersentak kaget apabila bahu aku ditampar dari belakang secara mengejut. Mata aku terbuka besar. Aku menoleh memandang Jisoo yang tersengih serupa kerang di sebelah. “Kau ada cakap apa yang aku suruh kau bagitahu dia? Yang ada someone suka dia? Ada, ada, ada?”

Aku menepuk dahi. “Alamak, aku terlupa.”

“Sampai hati kau, kan.” Jisoo memuncung sedepa.

*****

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now