8

142 31 2
                                    

“Guys! Aiskrim percuma untuk semua orang!”

Jeritan itu menarik perhatian setiap pelajar yang ada di kantin ini, termasuk juga aku. Kelihatan senior Jimin menolak satu troli besi yang dipenuhi dengan aiskrim kon pelbagai perisa lantas diagih-agihkan pada pelajar yang ada. Pada awalnya, aku tidak juga terlalu tertarik untuk mendapatkannya jadi aku kembali menghadap roti bun yang aku beli tadi.

Sehinggalah troli yang dia tolak berhenti di tepi meja yang dihuni aku, Jisoo, Hyunjin dan beberapa pelajar sekelas yang lainnya. Kali ini, senior Jimin ditemani dengan dia. Lelaki perasan Romeo itu.

“Terima kasih pada Kim Han, sebab dia yang belanja kamu semua makan aiskrim percuma hari ini! Baik hati dia.”

Perlahan pandangan aku menaik, memandang senior Jimin dengan tidak percayanya. Apa yang dia maksudkan dengan itu? Jangan-jangan —

Senior Jimin hanya mempamer sengihannya. Kad pelajar aku diletakkan ke atas permukaan meja bersama beberapa kon aiskrim. “Banyak juga duit kau eh. Tapi jangan risau, aku masih sisakan sedikit.”

Mulut aku terbuka dan tertutup ingin mengutarakan sesuatu tetapi entah apa. Otak aku gagal mengakses apa-apa. Aku cuma terkelu, lidah aku rasa kaku. Aku tidak mengapa jika dia mahu menggunakan duit yang ada untuk membeli apa-apa sahaja, untuk dia dengan Senior Jungkook. Tapi aku tidak menyangka yang— aku tidak tahu harus bereaksi seperti apa.

“Jadi semua ini dibeli dengan duit simpanan pelajar milik Han?” Kepala aku terus terangkat bila Hyunjin bersuara selepas berdiri lurus berdepan dengan senior Jimin. “Kau tahu tak betapa perlunya duit itu semua buat dia?”

“Hyunjin, t-tak m-engapa.” Suara aku terbata-bata menghalang dia dari meneruskan apa yang mahu dia katakan. Aku tidak mahu dilabel sebagai peminta simpati dan perhatian.

“Han bukan pelajar yang kaya raya macam kamu semua yang dapat masuk ke sini kerana orang tua yang berkemampuan. Dia berusaha untuk jadi pelajar cemerlang supaya dapat biasiswa, ibu dia bekerja keras, sehingga dia dapat sampai ke sini. Tapi kamu semudah itu menghabiskan duit simpanan dia semata-mata untuk aiskrim? Sedangkan kamu sudah cukup kaya untuk beli kilang aiskrim sekaligus.”

Aku sudah tidak dapat menahan rasa malu lagi. Kad tadi aku ambil dan aku terus berlalu pergi. Hilang rasa lapar aku jadinya.

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now