11

130 30 7
                                    

“Macam mana dengan sekolah baru Han, okay tak?”

Aku mengangkat muka bersama senyuman bila mendengar pertanyaan ibu. Sambilan tangan aku bekerja menyusun pinggan-pinggan di atas meja. “Okay je ibu, Han teruja sangat dapat masuk situ juga akhirnya.”

Ibu turut menguntumkan senyuman kepada aku. Kebahagiaan terpancar jelas dari wajahnya, yang secara langsung membuat aku berasa terharu. “Baguslah kalau begitu. Banyakkan bergaul dengan kawan baru, jangan serius sahaja 24 jam. Jangan jadi macam dekat sekolah lama dulu, terlampau busy sampai berkawan pun kata tak sempat. Jangan juga suka asingkan diri.”

“Tahu, ibu. Benda lama janganlah ungkit. Han dah okay sekarang. Kawan sekelas Han semuanya peramah.” Aku menyengih panjang. Tangan aku panjangkan untuk mencapai pinggan makan ibu pula untuk dibawa ke belakang.

Ibu menganggukkan kepala tanda mengerti akan maksud aku. Mungkin dia juga senang dengan perubahan yang aku lakukan. “Nanti selepa—”

ding!dong!

Belum sempat ibu menghabiskan ayatnya, bunyi loceng rumah ditekan menghentikan kata-katanya. Kami sama-sama menoleh ke depan dengan kerutan di dahi. Aku baru sahaja ingin membuka langkah ke sana bila ibu halang.

“Biar ibu yang tengok siapa. Mungkin aunty kamu dah balik. Kamu bawa pinggan ke belakang, terus cuci. Lepastu naik atas, rehat ya.”

Aku angguk. “Okay, bu.”

Setelah ibu bergerak ke depan, aku pula mengangkat himpunan pinggan terus sinki di belakang. Disebabkan kami makan cuma berdua, jadi tak adalah sepayah mana. Dalam fokus aku mencuci, telinga aku cuba menangkap suara-suara ibu dengan aunty. Tapi tak ada juga aku mendengar suara aunty Yura. Cuma kedengaran seperti ibu sedang berbual dengan seseorang.

Selesai dengan kerja mencuci, tangan yang basah aku lapkan dengan tuala bersih. Lalu aku bergerak ke depan untuk mengintai siapa yang datang. Takkanlah ada pelanggan lagi, sedangkan kafe sudah tutup dalam sejam yang lalu lagi. Tapi niat aku untuk mengintai terbatal bila ibu juga sudah masuk ke dalam semula bersama kerutan di wajahnya.

Aku terus mendekatinya. “Ada apa ibu, siapa yang datang?”

Ibu menjungkit bahu, bibir dicebirkan memberi isyarat yang dia sendiri tidak tahu. Pandangan aku turun pada tangannya yang memegang satu sampul surat. “Tak tahulah siapa. Budak lelaki, macam baya Han juga.”

“Apa yang dia mahu?”

“Entah, dia cari orang yang bernama Juliet katanya. Tapi ibu dah cakap tak ada orang Juliet di sini, mungkin dia salah alamat. Budak tu tetap berkeras, sampai tinggalkan surat lagi.” Jelas ibu dengan nada suara yang agak membebel sedikit, mungkin annoyed sangat dengan orang itu.

Dan aku rasa aku tahu siapa yang ibu maksudkan.

Secara automatik bibir aku tersenyum nipis. Surat yang ibu letakkan atas meja tadi aku capai, melihat tulisan nama Juliet tertera di luarnya. “Apa lagi yang dia cakap, ibu?”

“Kamu tahu tak apa yang dia balas bila ibu cakap dia salah alamat?”

Aku sudah tertawa lebih dulu sebelum bertanya. Sepertinya aku dapat bayangkan muka dia tadi, dan semestinya dia bagi pickupline semacam ni. “Apa, bu?”

Ibu memeluk tubuh lalu mendengus. “Dia kata, jodoh tak pernah salah alamat hanya waktu yang tidak tepat. Ibu terus tak tahu nak jawab apa.”

Sama ibu, kita sama. Terkelu.

Aku terketawa sedikit tidak bertapis yang membuat ibu pandang aku semacam. Dahinya berkerut sementara mata dikecilkan.

“Han kenal eh dengan budak lelaki tu.”

Aku menyengih janggal. “Mana ibu, budak salah alamat dia tu.”

Lama ibu memberi respon, aku fikirkan yang dia masih syak dengan aku tapi nyatanya tekaan aku salah. Ibu menarik nafas sambil menganggukkan kepala, setuju dengan pernyataan aku. Huh, nasib baik.

“Yalah tu, mungkin. Ibu nak pergi mandi bersihkan diri dulu, dah bau sangat badan ni.”

“Okay.”

Mata aku memandang belakang badan ibu yang semakin jauh, berlalu naik ke tingkat atas. Aku terus mengambil kesempatan untuk membuka sampul surat dari sang Romeo yang mencari Juliet nya tadi.

Ada-ada saja dia.

Tiada apa yang ditulis lebih hanya;
 
 

selamat malam juliet,

jangan mimpikan aku
tapi kalau kau mahu
aku tidak menghalang.
silakan, mimpi yang indah.
 
 

Perasannya dia. Hump!

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now