19

109 23 0
                                    

Dalam fokus aku mendengar setiap satu penerangan Hyunjin tentang program Celik Fakta yang bakal diadakan hujung minggu ini, agak terganggu apabila ada seorang pelajar lelaki datang menyapa. Pelajar yang sama menghantar makanan tempoh hari. Bila aku mendongak pandang dia, dia tersenyum kecil sambil menyeluk kocek kemejanya.

Sekeping kertas yang dilipat-lipat kemas dihulurkan kepada aku.

Aku kerutkan dahi. Sesekali aku mengerling Hyunjin yang sudah memasang muka masam. Canggung terasa. “Apa ni? Siapa bagi?”

Hyung-nim yang bagi, surat buat Kim Han.” jawabnya dengan ringkas, lalu segera mengatur langkah pergi.

Lipatan surat kecil ini aku buka satu persatu, lantas terpampang sebaris tulisan yang kemas. Aku tersenyum di dalam hati.

jumpa dekat rooftop
balik sekolah nanti.

Aku membacanya dengan pantas sebelum melipatnya semula dan disumbatkan ke dalam kocek blazer. Hyunjin aku pandang semula, senyuman kecil terukir di bibir aku. Rasa bersalah pula terabaikan dia.

“Sorry. Kita di mana tadi eh?”

Dia mengeluh berat. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan mengelak dari bertemu mata dengan aku. Tapi aku tahu dia tengah menahan emosi bila tulang rahangnya bergerak-gerak. Soalan aku dibiarkan tanpa jawapan, dia mengemas bukunya lalu berdiri. “Tak apalah, nanti kita bincang lagi.”

“Eh, Hyun—” tanpa sempat aku berkata apa, dia terus berlalu kembali ke mejanya.

Aku mengemam bibir.

Apa yang patut aku buat, aku tak nak hubungan persahabatan antara aku dengan Hyunjin yang baru sahaja terbina hancur begitu. Inilah salah satu alasan kenapa aku tak berkawan di sekolah dulu. Baik lelaki, mahupun perempuan.

Aku benci bila berdepan dengan satu situasi, di mana aku akan rasa bersalah tidak memilih mana-mana pihak.

Bukankah bersendirian lebih baik?

*****

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now