23

103 24 0
                                    

Aku berhentikan langkah lalu memeluk tubuh, berpaling untuk menghadap dia. Dengusan kasar kedengaran menandakan yang aku masih tidak berpuas hati dengan pergaduhannya tadi. Jungkook menundukkan wajah sedikit, tetapi jelas dari sini aku dapat melihat kesan-kesan luka lebam.

Dia menghantar aku pulang seperti biasa, tapi yang berbezanya kali ini dia berjalan sejauh tiga meter di belakang dari aku. Dan sepanjang perjalanan, kami berdua tidak bercakap langsung.

"Awak tak ada apa-apa yang ingin dikatakan?" soal aku, dingin.

Jungkook mengangkat wajah, menatap terus ke dalam mata aku dengan pandangan redup. "Kau okay?"

Bukan apa yang aku harapkan.

Dengan itu, aku mengeluh geram. Aku maju setapak mendekati. "Saya dah minta awak berhenti kan, tadi. Cuma kenapa awak perlu mulakan pergaduhan semula?"

"Sesiapa sahaja yang berani apa-apakan kau, aku tak akan lepaskan dia. Tidak kira dia sakiti diri kau, sekalipun hati kau, aku tak akan berdiam diri."

"Tapi saya tak suka tengok awak terlibat dalam pergaduhan."

Jungkook terdiam. Hanya tatapannya yang berubah tegang. Bukan seperti dia sedang memarahi aku atau apa, tapi lebih kepada dia berperang fikiran dengan diri sendiri. Mukanya berkerut-kerut. Aku jadi panasaran tentang apa yang tengah dia fikirkan sekarang.

"Awak takkan bergaduh lagi, kan. Kan?"

Agak lama aku tunggu respon dari dia, akhirnya dia tersenyum panjang sehingga saiz matanya mengecil sedikit. "Kalau ada kau, aku takkan bergaduh."

"Jadi kalau saya tak ada, awak nak bergaduhlah begitu maksud awak?" tebak aku, alis aku bertaut tanda geram dengan dia yang cuma selamba tertawa.

"Iya sudah, aku akan turuti kemahuan kau. Aku tak akan bergaduh lagi, puas hati?"

Hanya setelah itu, aku dapat menghembus nafas lega. Senyuman manis aku ukirkan buatnya, lantas tertawa kecil melihatkan muka cemberutnya. "Puas sangat."

Atas kepala aku tiba-tiba ditepuk-tepuknya lembut yang langsung membuat aku berasa aneh. Cuma apa yang dia lakukan? Dahi aku berkerut, memandang dia yang sekadar mempamer riak canggung namun masih tersenyum. Sepertinya dia suka melakukan ini, melayan aku seperti anak kecil?

"Masuklah. Berehat, jangan lupa juga kerja rumah. Kalau tidur jangan lupa mimpikan aku. Esok kita akan berjumpa semula."

Hati aku betul-betul gembira, sungguh.

*****

[DC] Romeo : Our First MetWhere stories live. Discover now